Chong Wei belum bersedia ganti Michelle sebagai CEO ABM


  • Podium
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Chong Wei masih menganggap bahawa belum tiba masanya untuk beliau menjawat jawatan sebagai CEO ABM.

BARU-BARU ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Michelle Chai secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Kekosongan jawatan itu menyebabkan ramai pihak berpendapat bahawa legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei patu menjadi CEO ABM yang baharu.

Chong Wei bagaimanapun tidak bersetuju dengan pihak yang menginginkan beliau mengisi jawatan tersebut.

“Saya tahu, ramai yang minta saya pertimbangkan. Ini bukan masanya,” katanya.

Selain Michelle, Pengarah Prestasi Tinggi ABM, Tim Jones dilepaskan daripada jawatannya berikutan pasukan wanita badminton negara tersingkir pada suku akhir ke Filipina pada Sukan SEA pada Isnin.

Pemenang pingat Perak Sukan Olimpik itu berpendapat keputudan mendadak yang dibuat Michelle tidak kena waktunya.

"Anda tidak boleh melakukannya ketika pertandingan. Sukan masih berlangsung, kenapa perlu menambah tekanan kepada pemain?.

“Saya rasa ini salah sama sekali. Apa sahaja keputusan sepatutnya dibuat selepas Sukan SEA tamat atau diumumkan kemudian,” tambahnya.

Mengenai keputusan buruk pasukan wanita negara itu, Chong Wei lebih menunjukkan belas kasihan.

M

Michelle menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif ABM.

“Saya tahu sukar untuk menerima kekalahan menentang Filipina tetapi kita mesti mempertimbangkan pasukan yang dihantar. Kebanyakannya baru menamatkan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) dan terpaksa berdepan dengan yang terbaik dari Filipina.

“Seorang pemain pula sakit. Maksud saya, sebelum apa-apa, kita sepatutnya melihat semua aspek.

“Rey Mainaky pernah menjadi jurulatih di sana sejak sekian lama dan begitu juga Rosman Razak, jadi kualiti pemain di Filipina bertambah baik. Kita tidak boleh mempunyai pemikiran bahawa orang lain sentiasa jauh di belakang kita dalam standard.

“Kita juga mesti meningkat, dan kami boleh menghantar pasukan yang lebih kuat."

BAM meluluskan untuk menghantar yang lebih muda ke Sukan Kemboja manakala pemain terbaik negara memberi perhatian untuk Piala Sudirman.

Pemain badminton profesional seperti Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien sepatutnya dimasukkan untuk menjadikan pasukan lebih seimbang.

Selain daripada mempersoalkan keputusan mendadak itu, Chong Wei juga tidak bersetuju dengan keputusan Michelle untuk menarik diri daripada jawatan berkenaan.

“Dia berhenti terlalu cepat. Dia dilantik lebih kurang enam bulan lalu. Bukan dia atau perubahan yang dia lakukan yang menyebabkan pemain ini tewas, dia hanya meletakkan sesuatu.

"Mereka yang telah berada di sana lebih lama harus bertanggungjawab," tambah bekas pemain badminton negara itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram