SKUAD Bawah-22 (B-22) negara kembali bangkit memadam luka apabila membelasah Singapura dengan keputusan 7-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja pada Khamis.
Pemain muda Kuala Lumpur City FC (KL City FC), T. Saravanan berjaya menjaringkan empat gol sekali gus melakar hatrik dalam perlawanan itu.
Manakala seorang lagi pemain muda KL City, Haqimi Azim Rosli turut menyumbangkan satu gol menerusi tandukan selepas menyempurkan hantaran lintang oleh Saravanan.
Kesebelasan utama skuad Harimau Muda menentang Singapura. — Facebook/FAM
Kapten Harimau Muda, Mukhairi Ajmal turut mencatat nama sebagai penjaring selepas menghasilkan satu gol menerusi rembatan deras di luar kotak penalti lawan pada penghujung perlawanan.
Pemain Kedah Darul Aman (KDA FC), Aiman Afif turut tersenarai sebagai penjaring gol selepas menambah duka Singapura di masa tambahan menerusi rembatan ke dalam gawang gol pasukan lawan.
Keputusan 7-0 tamat sehingga wisel tamat permainan di tiup oleh pengadil perlawanan.
Meskipun Harimau Muda berjaya mencatatkan kemenangan yang besar, anak-anak buah kendalian E. Elavarasan terpaksa akur pulang awal dan mendapat tempat ketiga dalam kumpulan B.
T.Saravanan (kiri) menjadi pemain penting buat skuad muda mencatat jaringan besar bertemu Singapura. — Facebook/FAM
Kemenangan Harimau Muda ini nyata mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak tempatan dengan ada yang mempersoalkan kenapa skuad muda gagal mara ke final dengan corak permainan seperti ini.
"Kalaulah Malaysia seri lawan Vietnam hari itu, kemungkinan kita ada peluang nak layak separuh akhir, tapi benda dah berlaku," kata Aisyah Icah.
"Pandai pula AFF letak pengadil negara lain untuk game ini melainkan bila Malaysia lawan Vietnam wajib menggunakan pengadil Jepun dengan kontroversi akan tercetus dalam lima minit pertama," jelas Ezra Alvin.
"Dengan corak permainan macam ini pelik kenapa skuad muda negara tak boleh masuk final," soal Ahmad Nor.
"Ubi muda Selangor, KL City dan Kedah semua jaringakan gol, mana pergi prospek JDT?" luah Nur Amirul. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram