Jangan sia-siakan jendela perpindahan kedua, bawa pemain bintang dalam Perak FC


  • Podium
  • Selasa, 09 Mei 2023

Perak FC di bawah bimbingan Lim Teong Kim dibarisi oleh pemain-pemain muda. — Facebook/ Perak FC

KETIKA beberapa kelab Liga Malaysia dikaitkan dengan khabar angin perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua Jun ini, Perak FC agak sunyi daripada berita-berita perpindahan pemain.

Adapun yang mengaitkan seorang dua pemain seperti Safawi Rasid dengan kelab The Bos Gaurus, namun harapan menyaksikan pemain itu menyarungkan jersi Perak FC agak kelam kerana perlu bersaing dengan beberapa kelab elit lain yang mahu mendapatkan bintang Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Begitupun, menjelang perpindahan kedua liga, Perak FC memerlukan nafas baharu khususnya di bahagian serangan bagi memastikan pasukan tersebut mampu terus bersaing dalam kancah liga.

Jika tidak ia pasti akan memberikan lebih tekanan kepada para pemain dan barisan kejurulatihan dalam mengharungi baki Liga Super.

343744543_959392258428769_740508200930010705_n

Impak pemain dan import di Sang Seladang masih belum cukup membantu para pemain muda yang lain. — Facebook/ Perak FC

Ini kerana buat masa ini, selepas mengharungi 10 perlawanan, impak pemain senior dan pemain import di Sang Seladang masih belum dapat dilihat dalam membantu para pemain muda yang lain.

Bagi wakil laman penyokong Perak yang selesa menggunakan nama samaran Silver Retro, pengurusan Perak FC perlu melakukan penambahbaikan dengan membawa pemain bintang semasa jendela perpindahan kedua nanti.

"XOX (pemilik Perak FC) orang meniaga... Bila kita jual makanan tu tapi makanan tu tak laku kena tengok sebab apa tak laku.

"Kena ada dua ke tiga bintang dalam pasukan. Bukan satu team semua orang muda. Bintang ini daya tarikan. Orang muda ni esok-esok baru nak jadi bintang, team lain dah sapu," katanya kepada Majoriti.

340879191_775497097262491_7730233039232752138_n

Perak FC memerlukan nafas baharu bagi memastikan pasukan tersebut mampu terus bersaing dalam kancah liga. — Facebook/ Perak FC

Menurutnya, pasukan Perak FC mempunyai sejarah kegemilangan sebaris dengan Selangor FC yang pernah mendapat jolokan King of Malaya.

Jadi, walaupun pasukan tersebut mementingkan pendedahan kepada para pemain mudanya, tetapi ia sudah pasti memerlukan masa untuk mencapai tahap permainan pasukan yang sebenar.

Sehubungan itu, penyelesaian jangka masa pendek adalah dengan penukaran pemain import ataupun membeli pemain import yang baru untuk menguatkan lagi pasukan yang sedia ada.

"Ada peminat Perak FC sangat sukar untuk terima falsafah 'trust the process', namun kami sentiasa mendoakan (Ketua Jurulatih) Lim Teong Kim dan pasukan bukan kerana kami meminati beliau, tetapi kerana menyokong apa yang pasukan sedang lakukan.

"Laman bola sepak kena sokong apa pasukan lakukan. Page ini bukan tempat untuk porak-perandakan pasukan mahupun melagakan penyokong. Apa yang kita tulis orang baca dan akan disampaikan ke mana-mana. Kebaikan sentiasa ada dalam penyampaian," katanya.

Ketika ini, Perak FC menduduki tangga ke-11 dengan sembilan mata. Skuad Seladang akan menerima kunjungan Selangor FC dalam saingan liga pada 20 Mei depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram