Kejayaan Napoli jadi tanda aras, TMJ kongsi plan mega JDT


  • Podium
  • Jumaat, 05 Mei 2023

Victor depan meraikan kejayaan tersebut bersama penyokong Napoli. — Agensi

NAPOLI akhirnya menamatkan penantian 33 tahun untuk merangkul gelaran Serie A Itali apabila hanya mendapatkan satu mata berharga dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Udinese pada Jumaat.

Victor Osimhen muncul wira Napoli selepas jaringannya menyamai kedudukan pasukan tuan rumah yang dicetak Sandi Lovric pada separuh masa pertama.

Kemenangan tersebut juga difahamkan menyamai rekod dicipta ikon kelab Napoli iaitu mendiang Diego Maradona dengan muncul juara Itali ketika berbaki lima perlawanan.

Detik bersejarah itu juga diwarnai dengan pesta bunga api yang menghiasai hampir sekitar bandar di selatan Itali dan beribu-ribu peminat di Udine serta di Stadio Maradona di Naples dan di sekitar bandar bersorak kegembiraan.

WhatsApp Image 2023-05-05 at 12.01.29

Pesta bunga api di sekitar bandar terbesar di selatan Itali meraihkan kejayaan Napoli. — Agensi

Melihat kemeriahan pesta bunga api yang dilakukan di sekitar bandar terbesar di selatan Itali itu juga menarik minat pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berhasrat untuk membuat pesta bunga api di seluruh daerah Johor sekiranya skuad Harimau Selatan merangkul kejuaraan dalam mana-mana pertandingan musim ini.

Perkara itu dikongsi pada laman Twitter miliknya ketika TMJ ditanya oleh seorang penyokong bola sepak tempatan, Marco Negeri sama ada Johor Bahru akan berwarna-warni seperti Napoli nanti.

Pemilik kelab gergasi Malaysia itu bagaimanapun kembali menegaskan bahawa pelbagai lagi perkara yang perlu ditambah baik sebelum merangkul piala pada penghujung musim ini.

WhatsApp Image 2023-05-05 at 12.01.54

Tangkap layar ciapan TMJ.

“InshaaALLAH, seluruh daerah Johor akan begitu. Tapi perjalanan masih jauh lagi. Perkara pertama adalah mempertingkatkan nilai komersial dan menambah baiki mutu skuad.

“Menambah baik dan menandatangani perjanjian baharu dengan Nike tidak lama lagi. Banyak lagi rancangan besar,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sebelum ini, Tunku Ismail memaklumkan semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.

JDT menerusi hantaran di laman Facebook, Johor Southern Tigers memaklumkan beliau masih tidak berpuas hati dengan kualiti padang Harimau Selatan ketika ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram