Tulang 'ankle' ada serpih, Farris Izdiham mohon doa fans Perak FC


  • Podium
  • Selasa, 02 Mei 2023

Farris Izdiham (kiri) melepaskan rembatan ke gawang lawan ketika bertemu Kuching City FC dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Perak pada 12 Mac lalu. — Bernama

PEMAIN tengah bertahan (CDM) muda Perak FC, Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik semakin dikenali dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus sejak dia menyertai pasukan tersebut musim ini.

Persembahannya di atas padang meninggalkan impak walaupun baru dua kali diturunkan dalam perlawanan menentang PDRM FC dan Kuching City FC.

Selepas empat aksi Liga Super, Farris tiba-tiba hilang dan namanya pun tiada dalam skuad dalam hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong.

Namun, baru diketahui bahawa pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan dalam perlawanan sebelum ini.

Perkara itu diberitahu oleh Farris kepada penyokong yang prihatin bertanyakan tentang perkembangan terkini pemain itu di Instagram.

WhatsApp Image 2023-05-02 at 14.46.37

Tangkap layar komen balas Farris kepada soalan penyokong Perak FC. — Instagram

Penyokong Perak itu bertanyakan bila Farris boleh bermain semula dan tangkap layar perbualan tersebut dikongsikan dalam kalangan penyokong di group WhatsApp.

Kata Farris, dia juga kurang pasti bila dia dapat beraksi semula dan mengagak mungkin ia akan mengambil masa agak panjang kerana kecederaan yang dialami.

"Saya rasa lama sikit sebab tulang ankle (pergelangan kaki) ada serpih sikit.

"Abang doakan saya cepat baik dan dapat main seperti sedia kala," katanya.

Pemain produk Projek FAM-MSN itu pernah terpilih dalam senarai bagi menjalani latihan sempena Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Dia merupakan antara empat pemain Perak FC yang terpilih menyertai kem latihan pusat bersama skuad kebangsaan B23 pada Februari lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram