KETUA jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui berminat untuk membawa Safawi Rasid ke dalam pasukan itu sekiranya pemain itu dibenarkan untuk dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT).
Pengendali dari Croatia berkata, Safawi pernah bermain di bawah bimbingannya pada tahun 2015 dan khidmatnya amat ditagih bagi memperkuatkan bahagian sayap Sang Penyu ketika ini.
Menurutnya, pemain sayap yang ada dalam pasukan buat masa ini tidak sebaik Safawi dan sudah tentu dia boleh membantu Terengganu.
“Sudah tentu kita berminat untuk dapatkannya, apabila kita bercakap mengenai pemain berkualiti seperti Safawi.
"Sekarang dia adalah seorang pemain yang berpengalaman, saya ada beberapa pemain sayap tetapi mereka tidak berada di tahap Safawi,” katanya dalam rakaman temu bual di Facebook Harimau Malaya.
Terengganu harus melupakan kekalahan kepada Selangor dengan segera. — Facebook/ Terengganu FC
Sementara itu, Tomislav melahirkan kekecewaan kerana kesilapan individu sering menjadi punca mereka melepaskan gol, seperti ketika tewas 1-5 menentang Selangor pada Selasa.
"Macam Argzim Redzovic, pada perlawanan sebelum ini dia main dengan baik tapi ketika lawan Selangor dia kurang cergas dan keletihan selain mengalami kecederaan.
"Shahrul Nizam pun cedera dan tonggak utama pasukan terutama di bahagian pertahanan ada sedikit masalah.
Terengganu harus melupakan kekalahan kepada Selangor dengan segera. — Facebook/ Terengganu FC
Katanya, Selangor mempunyai pemain yang berkualiti dan bermain dengan lebih baik tetapi para pemain tidak sepatutnya melakukan banyak kesilapan individu.
“Mungkin kita sambut raya terlalu awal, pemain saya ibarat tidak hadir dalam perlawanan ini," katanya.
Tomislav berkata, pasukan kini harus melupakan kekalahan kepada Selangor dengan segera dan fokus untuk bangkit pada perlawanan seterusnya menentang Sri Pahang.
Saya harap Sardor Kulmatov dan Sony Norde dapat pulih dan bermain menentang Sri Pahang FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram