Sukar lepaskan diri daripada isteri, ibu Achraf Hakimi dedah situasi sebenar


  • Podium
  • Selasa, 18 Apr 2023

Hakimi menamakan ibunya sebagai waris tunggal bagi pendapatan serta kekayaannya. — Agensi

IBU kepada pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi berkata, dia langsung tidak tahu mengenai harta yang diletakkan atas namanya serta perpindahan wang yang dibuat anak lelakinya itu.

Saida Mouh memberitahu media Maghribi bahawa Hakimi, 24, tidak pernah memberitahu apa-apa berkenaan situasi tersebut kepadanya.

Namun wanita itu menegaskan jika Hakimi tidak berbuat demikian, dia sukar untuk lari daripada dibelenggu oleh bekas isterinya, Hiba Abouk.

"Apa salahnya jika berita itu benar? Jika anak saya tidak buat begitu, dia tidak akan dapat 'melepaskan' diri daripada Abouk," kata Mouh, menurut laporan Morocco World News.

Menurut laporan terkini, Abouk tidak akan menerima apa-apa daripada kekayaan serta aset Hakimi kerana semuanya didaftarkan atas nama pemain Maghribi itu.

1060694_1918880_achraf_updates

Hakimi dan Abouk berkahwin pada tahun 2020 serta mempunyai dua orang anak, Amin dan Naim. — Agensi

Media Sepanyol, Marca memaklumkan, pada 14 April lalu, Abouk menuntut separuh daripada aset dan kekayaan Hakimi tetapi terkejut apabila mengetahui pemain itu tidak memiliki apa-apa di bawah namanya.

Berdasarkan sumber sama, ibu Hakimi menerima 80 peratus gaji daripada pemain Paris Saint-Germain itu menerusi deposit ke dalam akaunnya yang turut diletakkan sebagai waris tunggal bagi pendapatan serta kekayaannya.

Pada masa sama, laporan media menyebut bahawa Abouk yang 12 tahun lebih tua daripada Hakimi dipercayai menuntut harta itu demi dua orang anak mereka.

Abouk, 36, dianggarkan mempunyai nilai kekayaan AS$2 juta (RM8.8 juta) hasil kariernya sebagai pelakon.

Laporan Arab News menyebut, Abouk gagal dalam kes perceraiannya di mahkamah Perancis apabila tidak berjaya menuntut separuh daripada harta Hakimi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram