Kisah 'cerai' belum sahih, Hakimi akhirnya buka mulut


  • Podium
  • Ahad, 16 Apr 2023

Hiba terkejut mengetahui Hakimi tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya dan semua aset yang dimiliki adalah atas nama ibunya. — Agensi

PEMAIN skuad antarabangsa Maghribi, Achraf Hakimi membuka mulut buat kali pertama sejak dia dihimpit kontroversi perceraian dengan bekas isterinya, model dan pelakon, Hiba Abouk.

Hakimi memuat naik status berkaitan bola sepak di laman media sosialnya selepas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) menang 3-1 ke atas FC Lens.

"What a win tonight! (Kemenangan yang hebat malam ini)," ciap Hakimi di Twitter.

Rata-rata penyokongnya di Twitter memuji tindakan Hakimi yang meletakkan semua harta di bawah nama ibunya.

Hiba Abouk dilaporkan gagal memperoleh separuh daripada kekayaan bekas suaminya selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya, lapor akhbar Sepanyol, Marca.

Begitupun, sehingga hari ini, kesahihan naratif perceraian itu tidak dapat dipastikan memandangkan media antarabangsa seperti Daily Mail tidak melaporkannya.

Kes perceraian Hakimi mendapat tumpuan selepas pemain itu dituduh merogol seorang gadis berusia 24 tahun di Perancis.

Menurut beberapa laporan media, Hiba menfailkan perceraian dan menuntut lebih separuh daripada harta Hakimi.

Bagaimanapun, Hiba diberitahu mahkamah bahawa Hakimi tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya dan semua aset yang dimilikinya adalah atas nama ibunya.

Tindakan Hakimi itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Ada yang kurang bersetuju dan ada juga yang bersetuju.

Ini kerana ramai pemain pemain bola sepak dan selebriti menjadi mangsa dikikis pasangan mereka ketika bercerai.

Kes Hakimi masih disiasat dan masih belum dibuktikan bersalah. Buat masa ini, pemain itu menafikan kesemua tuduhan ke atasnya.

Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram