Raya ini mungkin saya tidak gembira — Khalid Ali


  • Podium
  • Ahad, 16 Apr 2023

Khalid Ali (kiri) menerima sumbangan dari Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman (tengah) semasa Majlis Iftar Menghargai Jasa Atlet di Dewan MPKS.

BEKAS pemain skuad Harimau Malaya, Khalid Ali menerima ujian terbesar dalam hidupnya apabila disahkan menghidap kanser paru-paru.

Sebelum ini Khalid memberitahu media sedang menunggu keputusan dari doktor mengenai tahap kanser paru-paru yang dihidapi sama ada sudah melepasi tahap kritikal atau sebaliknya.

Namun ketika dijumpai pihak media dalam Majlis Iftar Menghargai Jasa Atlet di Dewan MPKS, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor pada Ahad, Khalid menceritakan lebih lanjut kisah penyakitnya itu.

Khalid disahkan menghadapi kanser paru-paru. — Stadium Astro

Khalid berkata, doktor mengesahkan dia menghadapi kanser paru-paru namun penyakit itu disifatkan unik.

"Saya punya kanser ini boleh dikatakan unik, sebab dia boleh berubat tapi tak boleh janji baik.

"Disebabkan itu saya sedikit down, tapi apa pun saya akan usaha dan kuatkan semangat saya untuk melawan penyakit itu," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Iftar Menghargai Jasa Atlet.

Tambahnya lagi, dia akan memulakan rawatan pada Selasa dan menjelaskan pertama kali baru keluar rumah untuk menghadiri majlis itu.

"Saya sekarang ini tengah makan ubat seperti biasa, Selasa ini saya akan buat first kemoterapi dan akan ada program selanjutnya.

"Program ini sangat baik sehingga membuatkan saya pertama kali keluar daripada rumah selepas saya di diagnos kanser.

"Saya juga ada jumpa pesakit kanser dan dia nasihatkan supaya jangan putus harapan dan sentiasa semangat," katanya.

Khalid sempat berkongsi persiapan raya yang dijangka kunjung tiba pada Jumaat atau Sabtu minggu depan.

"Raya ini mungkin saya tak gembira sebab sudah didiagnos kanser.

"Mungkin saya akan raya satu hari saja lepas itu akan sambung buat treatment dan saya minta doa daripada rakan-rakan bagi saya kuat semangat," ujarnya.

De Paula

De Paula musim ini bermain bersama Melaka FC. Facebook/Melaka FC

Khalid Ali merupakan salah seorang lagenda pasukan negara yang sentiasa memberi komen serta kritikan terutamanya mengenai prestasi skuad kebangsaan.

Antara pemain yang sentiasa mendapatkan kritikan dan teguran dari Khalid ialah pemain naturalisasi negara iaitu Guilherme De Paula dimana pemain itu pernah dikritik ekoran prestasi kurang memberangsangkan di pihak kelab.

Khalid pernah mempertikai prestasi De Paula menjelang saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di laman sendiri tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram