Piala FA: JDT waspada taktikal PDRM FC


  • Podium
  • Jumaat, 14 Apr 2023

Pemain-pemain JDT meraikan jaringan ketika menentang KDA FC. — Facebook/JDT

SKUAD Harimau Selatan dijangka tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran PDRM FC dalam pertembungan pusingan kedua Piala FA Malaysia, malah diramal mampu menang besar pada Jumaat.

Ia berdasarkan prestasi semasa juara bertahan itu yang sudah meledak 36 gol daripada lapan perlawanan Liga Super dan hanya dibolosi satu gol setakat ini

Begitupun, ia bukan satu jaminan buat ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Esteban Solari, yang percaya anak buahnya untuk mengekalkan momentum di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, lapor Stadium Astro.

"Kami sedar PDRM sebuah pasukan ampuh, mereka telah menewaskan Kedah Darul Aman. Mereka pasukan yang bagus dan memperagakan corak permainan menarik.

"Mereka pasti akan keluar dengan taktik yang bagus dan berjuang kerana semua mahu menewaskan JDT.

"Ini peluang kami, kami tidak mengambil ringan kerana JDT berjuang dalam setiap pertandingan.

"Kami perlu berwaspada dan sudah pasti PDRM akan menyukarkan kami," kata Solari dalam sidang media pada Khamis.

Bangga dengan persembahan yang diperagakan anak buahnya setakat ini, Solari tetap menuntut pasukannya untuk kekal tekal dalam semua aspek termasuk tidak dibolosi lawan.

"Saya gembira buat pemain.

"Mereka bertahan dengan baik dan cukup bagus dan berputus asa dalam 90 minit.

"Kadangkala ada mahu mengendurkan permainan dan ketika inilah pihak lawan boleh menghukum anda.

"Jadi saya sangat gembira dengan barisan pemain," katanya lagi. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram