Dikecam lupa jasa sifu, selain Arif Aiman, 3 pemain ini pernah jadi anak didik Teong Kim


  • Podium
  • Sabtu, 08 Apr 2023

Teong Kim (kiri) pernah membawa Arif ke Kejohanan Bola Sepak Remaja Iber Cup Costa del Sol 2015 pada satu ketika dahulu. — Facebook/PerakFans

ISU kontroversi membabitkan pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim ketika perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada Selasa lalu mendapat liputan meluas.

Antara yang hangat diperkatakan ialah sikap tidak profesional Teong Kim yang dianggap kurang profesional dan berbunyi sarkastik ketika menjawab soalan wartawan selepas kekalahan 0-5.

Selain itu, tindakan provokasi jurulatih berusia 59 tahun itu membaling bola ke arah pemain sayap JDT, Arif Aiman sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pemain berusia 20 tahun terbabit kerana balingan itu didakwa cukup kasar dan hampir mengenai kepalanya.

Gara-gara insiden berkenaan, ramai juga penyokong mengecam tindakan Teong Kim dan tidak kurang juga ada pihak menyebelahi pengendali berkenaan kerana berpendapat Arif sepatutnya menghormati bekas jurulatihnya itu.

ltk gaudh aiman

Tangkap layar video insiden perbalahan Teong Kim bersama Arif Aiman.

Teong Kim pernah menjadi guru kepada tonggak Harimau Malaya itu ketika kedua-duanya pernah bersama ketika berada dalam Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).

Oleh itu, ada yang berpendapat jika Teong Kim tidak menjadi Pengarah NFDP, Malaysia tidak akan melihat pemain seperti Arif dan beberapa prospek yang sedang menempa nama merken dalam kancah liga tempatan.

Berikut Majoriti menyenaraikan 3 pemain Liga Super yang pernah menjadi anak didik Teong Kim sewaktu di Akademi Mokhtar Dahari (AMD):

1) Ikhwan Hafizo

Untitled design-3

Ikhwan merupakan tonggak TBG yang dibawa masuk daripada skuad Perak FC II.

Nama pemain tengah Perak FC, Mohamad Ikhwan Hafizo mula menjadi bualan para penyokong ketika pemain berusia 20 tahun itu menjadi penjaring tunggal Perak FC ketika tewas 1-4 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Februari lalu.

Ketika aksi pembuka di Stadium Ipoh itu, hasil jaringan Mohamad Ikhwan pada minit ketiga pada awalnya membawa keceriaan kepada penyokong The Bos Gaurus (TBG) sebelum Kedah berpesta gol.

Untuk rekod, bekas tonggak Perak FC II itu menjadi pemain pertama dari Akademi Mokhtar Dahari yang menjaringkan gol pada perlawanan pertama Liga Super musim ini.

Persembahan mengagumkan dari Mohamad Ikhwan itu juga secara tidak langsung dapat membalas kepercayan Teong Kim kepadanya kerana pengendali berkenaanlah yang memilihnya untuk beraksi dalam skuad utama.

2) Sikh Izhan Nazrel Sikh

Untitled design-4

Sikh Izhan semakin dikenali sejak sertai skuad Jang pada musim ini.

Penjaga gol yang semakin meningkat naik, Sikh Izhan Nazrel Sikh juga merupakan antara anak murid Teong Kim untuk skuad Bawah 13 Tahun (B-13) Malaysia ketika Kejohanan Bola Sepak Remaja Iber Cup Costa del Sol 2015.

Sejak beraksi bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) sebagai pemain pinjaman dari Selangor FC, potensi Sikh Izhan semakin mendapat perhatian dan ramai beranggapan pemain berusia 21 tahun itu mampu menggalas sebagai penjaga gol utama kebangsaan utama pada suatu hari nanti.

Selepas mengharungi enam perlawanan, pemain berketinggian 183 sentimeter itu berhasil membuat dua clean sheet dan gawangnya dibolosi 11 kali di peringkat saingan Liga Super.

Berkat persembahan cemerlangnya menjaga gawang skuad Jang juga berhasil mendapat panggilan Harimau Malaya ketika aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada Mac lalu.

3) Fahmi Daniel

Untitled design-2

Fahmi sebelum ini beraksi bersama Selangor FC II.

Tonggak pertahanan, Fahmi Daniel juga merupakan graduan AMD dan anak murid kepada bekas penolong jurulatih Bayern Munich bawah 19 tahun itu.

Bekas pemain Selangor FC II itu berjaya menembusi Liga Super selepas Teong Kim membawanya masuk untuk membantu memperkukuh jentere pertahanan skuad Seladang pada musim ini.

Bek kanan itu merupakan antara pemain yang sering mendapat kepercayaan Teong Kim untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama dan sehingga kini Fahmi sudah tampil dalam tujuh perlawanan Liga Super bersama Perak FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan