SIAPA sangka pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik menjadi pengendali pertama yang direhatkan dalam saingan Liga Super musim 2023 selepas mempamerkan aksi kurang memberangsangkan dalam lima perlawan awal liga.
Kejutan dari skuad The Red Warriors itu dilakukan sebelum perlawanan yang menyaksikan Kelantan tewas 0-5 ketika menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Rabu.
Menurut pemilik kelab berkenaan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Bos Zam atau Zamsaham, keputusan merehatkan Moon-sik dibuat selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan jurulatih lain, selain tiada laporan prestasi dari pengendali tersebut.
Buat sementara waktu, penolong ketua jurulatih TRW, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai pengendali sementara bagi menggalas tugas Moon-sik.
Selain pengendali dari Korea Selatan itu, timbul lagi khabar angin mendakwa sebuah pasukan Liga Super lagi akan mengikut jejak langkah Kelantan FC dengan mengambil keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih mereka.
Susulan khabar angin berkenaan, Majoriti menyenaraikan tiga pengendali Liga Super yang menepati ramalan untuk menjadi mangsa kedua untuk direhatkan daripada saingan liga.
1) Datuk Lim Teong Kim
Teong Kim dikecam kerana tidak menggambarkan seperi pengendali berpengalaman. — Facebook/PerakFC
Nama Datuk Lim Teong Kim berada dalam senarai pengendali seterusnya untuk direhatkan berikutan prestai Perak FC yang kini berada dalam keadaan bahaya dan hanya menjadi mangsa amukan beberapa kelab lain.
Selepas tewas 0-5 di tangan pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT), Perak FC kini berada di tangga ke- 12 yang mana hanya merekodkan satu kemenangan, dua seri dan empat kekalahan selepas tujuh perlawanan.
Memiliki pengalaman menjadi penolong jurulatih selama 12 tahun bersama pasukan bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich tidak cukup menjadi modal untuk Teong Kim membantu skuad The Bos Gaurus (TBG) meraih lebih bányák gol dan mengutip tiga mata berharga.
Walaupun pengurusan Perak FC pernah menegaskan tidak akan membuat keputusan tidak profesional berhubung status Teong Kim berikutan beliau sudan diikat selama dua tahun namun ia tidak lagi mustahil selepas insiden hangat ketika diwawancara wartawan baru-baru ini.
Selain enggan menjawab beberapa soalan yang diajukan, beliau juga memilih untuk menjawab secara sarkastik sehingga ramai penyokong mengkritiknya.
Bukan hanya penyokong skuad Seladang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab berkenaan, Bobie Farid Shamsudin juga menzahirkan rasa kecewanya terhadap Teong Kim.
2) Tomas Trucha
Trucha dilantik menjadi pengendali KUFC pada awal musim ini. — Facebook/KUFC
Tomas Trucha yang baru sahaja dilantik sebagai pengendali Kelantan United Football Club (KUFC) pada awal musim ini nampaknya akan kembali mengulang episod suram ketika musim keduanya bersama Penang FC pada musim lalu.
Awal musim lalu Penang FC membuat keputusan untuk menyingkirkan Trucha ekoran prestasi kurang memuaskan dalam saingan Liga Super musim 2022 dań digantikan dengan Datuk Zainal Abidin Hassan.
Dia yang kembali lagi ke Liga Malaysia (Liga M) bersama KUFC pula diramal akan menerima nasib sama selepas pasukannya menghuni kedudukan tercorot dan masih gagal untuk mengutip tiga mata penuh selepas tujuh perlawanan musim ini.
Oleh itu, ramai penyokong mula memetik nama pengendali dari Republik Czech itu yang akan mengikut jejak langkah Moon-sik dan menjadi pengendali kedua direhatkan pada musim ini.
Terdahulu, sebelum Frank Bernhardt dilantik menjadi Pengarah Teknikal Kelantan FC, dia dikaitkan akan menjadi jurulatih baharu skuad Kijang Hijau bagi menggantikan Trucha.
2) Irfan Bakti
Irfan seperti diramal akan menjadi antara pengendali yang direhatkan awal pada musim ini. — Facebook/KuchingCity
Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti juga tidak ketinggalan berada dalam senarai antara pengendali yang akan direhatkan awal pada musim ini selepas gagal untuk kekalkan prestasi Kuching City FC konsisten dalam saingan Liga Super musim 2023.
Jika dibandingan dengan musim lepas, pengendali berusia 72 tahun itu berhasil meletakkan skuad The Cats pada kedudukan ketiga dalam saingan Liga Perdana 2022 namun kini Kuching City boleh dianggap sebagai pasukan pelengkap jadual.
Irfan sebelum ini pernah menjadi ketua jurulatih Terengganu FC dan pernah membawa pasukan tersebut memenangi saingan Piala FA pada 2011.
Namun kini, sentuhanya sudah tidak seperti dahulu lagi yang mana skuad The Cats hanya memenangi dua perlawanan, lima kekalahan dan satu seri selepas mengharungi tujuh perlawanan musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram