Legenda bola sepak negara, Azhar Shariff meninggal dunia di Hospital Selayang


  • Podium
  • Khamis, 06 Apr 2023

Azhar Shariff meninggal dunia di Hospital Selayang pada pukul 4.30 pagi, Khamis. — Facebook

LEGENDA Selangor dan bekas bintang tengah bola sepak negara, Azhar Shariff meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor pada pukul 4.30 pagi, Khamis.

Difahamkan Azhar yang dirawat di Hospital Selayang sebelum ini pernah ‘ditidurkan’ oleh doktor yang merawatnya.

Azhar yang seangkatan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari adalah antara tonggak utama Selangor pada era pertengahan 1980-an dan pernah menjulang Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.

Malah, Allahyarham juga pernah beberapa kali menyarung jersi Harimau Malaya dengan memori paling manis berjaya membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1986.

Azhar juga adalah rakan sepasukan mendiang R Arumugam, Zainal Abidin Hassan, Zapril Hashim, Khang Hung Meng, Datuk Lim Teong Kim dan Zainal Nordin.

Pada final Piala Malaysia 1986, Azhar mencetak dua gol buat Selangor untuk meraih kemenangan 6-1 ke atas Johor selain meledak satu gol ketika final Piala Malaysia 1984 dengan menewaskan Pahang 3-1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram