‘Macam mana nak main AFC?’, ‘gameplay’ Sabah bikin fans berang, desak 2 otai masuk aksi seterusnya


  • Podium
  • Khamis, 06 Apr 2023

Sabah tumpas di tangan KL City FC dengan keputusan 0-2 hasil jaringan T Saravanan dan Sean Gianelli.

MENJUNAM ke tangga kelima dalam saingan Liga Super bukanlah suatu perkara yang mengembirakan Sabah FC terutamanya sebelum ini skuad The Rhinos menghuni kedudukan kedua dibawah Johor Darul Takzim (JDT)

Harapan mereka untuk kembali ke landasan tidak kesampaian apabila tumpas di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan keputusan 0-2 hasil jaringan T Saravanan dan Sean Gianelli.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur itu sememangnya menyaksikan anak-anak buat Datuk Ong Kim Swee sedikit bergelut, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan kapten pasukan, Park Tae-su.

Ia pastinya cukup mengecewaöan buat penyokong Sabah FC yang mengharapkan pasukannya akan bang kit dengan kemenangan selepas tewas besar 0-4 di tangan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan keenam Liga Super pada 31 Mac lalu.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 00.16.23

Keputusan akhir perlawanan Sabah FC menentang KL City.

Meninjau di media sosial penyokong Sabah FC, ada peminat berpendapat kekalahan di laman pasukan tuan rumah itu disebabkan corak permainan skuad The Rhinos.

“Taktikal OKS (Ong Kim Swee) sudah boleh dibaca. Pemain tengah tiada langsung boleh bawa bola. Harap pass wide,” komen penyokong Sabah, Mohd Zulkhairi Abdullah.

“Macam manalah mahu main Piala AFC kalau corak permainan begini. Sepatutnya Sabah mampu dapat kelebihan dalam perlawanan ini sebab KL bukan terlalu bagus. Sabah sepatutnya ambil kesempatan,” kongsi penyokong, Syrlnzm Zam.

Malah, ada juga penyokong berpendapat Kim Swee sepatutnya membawa masuk dua pemain berpengalaman iaitu Baddrol Bakhtiar dan Amri Yahyah lebih awal dałam perlawanan berkenaan.

“Masukkan Baddrol dan Amri nanti untuk comeback,” kata seorang lagi penyokong, Zainal Udin Nal yang berharap agara dua pemain itu akan diturunkan dalam perlawanan seterusnya menentang Negeri Sembilan FC.

Keputusan perlawanan itu menyaksikan Sabah berada di kedudukan kelima dengan 13 mata daripada tujuh perlawanan, manakala KL City juga kekal di tempat kesembilan meraih enam mata daripada enam perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram