Misi 'reset team', Frank Bernhardt dalam pelan TRW


  • Podium
  • Rabu, 05 Apr 2023

Rezal Zambery (kiri) dilantik sebagai pemangku jurulatih skuad TRW bagi menggantikan Moon-sik. — Facebook/ TRW

BEKAS bintang Piala Dunia Korea, Choi Moon-sik yang juga pengendali Kelantan FC menjadi jurulatih pertama dalam Liga Super ‘direhatkan’ musim ini.

Hal itu menyebabkan Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai pemangku jurulatih skuad The Red Warriors (TRW) bagi menggantikan Moon-sik.

Sementara perkara itu diperhalusi oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman, kerusi ketua jurulatih TRW kosong buat sementara waktu sebelum lantikan baharu dibuat.

Norizam berkata, pihaknya mempunyai dua pilihan sama ada mahu mengambil ketua jurulatih import atau lokal.

Ini mungkin selepas ada cakap-cakap mengaitkan bekas jurulatih kelab Petaling Jaya City FC, P Maniam ke kelab Pantai Timur tersebut.

Selain itu, terdapat juga khabar angin yang mengatakan Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC, Frank Bernhardt bakal naik pangkat sebagai ketua jurulatih.

PETALING JAYA, Dec 7 -- The new head coach PJ City FC P. Maniam speaking during a press conference PJ City FC unviels ambitious 'all local team' for 2021 season at Qi Tower today.-- fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

P Maniam dikaitkan dengan Kelantan FC. — Bernama

Menjawab perkara itu, Norizam berkata, pelantikan ketua jurulatih baharu kelab perlu melalui pandangan bersama daripada lembaga pengarah, pengarah sokongan dan barisan kejurulatihan lain.

"Saya sedangkan dapatkan pandangan mereka semua tapi buat masa ini Bernhardt masih Pengarah Teknikal. Jika ada perubahan struktur, saya akan umumkan segera," katanya.

Mengulas lanjut, Norizam berkata, pasukan TRW akan reset bahagian kejurulatihan dengan memasukkan pasukan kecergasan baharu.

"Saya baru sahaja meeting dengan coach Iskandar Salleh dan dia menyatakan kesediaan untuk jadi Jurulatih Fizikal TRW. Insya-ALLAH, saya juga akan berjumpa semua jurulatih dan pemain.

"Pada saya, ada dua pihak yang benar-benar mahukan kejayaan. Kritikan dan pandangan diterima dan kekal sabar tanpa memboikot.

61679738284_TBFRANK

Bernhardt masih kekal sebagai Pengarah Teknikal TRW. — Bernama

"Dan sepihak lagi hanya mahukan kejayaan tapi tak mahukan masalah. Mahu semua senang, ada masalah tinggal.

"Kepada semua, harap bersabar insya-ALLAH Kelantan FC akan belayar semula dengan baik. Sikit-sikit hal ada yang penting kita jalan ke depan," katanya.

Pada 25 Mac lalu, TRW memaklumkan Bernhardt yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Bawah 23 (B-23) dilantik sebagai Pengarah Teknikal bagi menggantikan Nasir Yusuf.

Semasa di bawah kendalian Moon-sik, Kelantan meraih satu kemenangan, satu seri dan merekodkan empat kekalahan sepanjang enam perlawanan setakat ini.

Dalam perlawanan ketujuh pada Selasa, Kelantan dibelasah 0-5 oleh Terengganu yang menyaksikan Moon-sik direhatkan berbaki kurang sejam sebelum sepak mula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram