Kedah, Penang antara pencabar 3 kelab berebut khidmat bekas JDT


  • Podium
  • Isnin, 03 Apr 2023

Guerra membantu skuad Harimau Selatan memenangi saingan Liga Super dan Piala Malaysia pada 2017. — Facebook / JDT

DESTINASI bekas penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Gabriel Guerra masih menjadi teka-teki selepas dia memberi bayangan akan kembali ke pentas bola sepak Malaysia.

Ketika ini khabar angin kuat mengatakan penyerang berusia 30 tahun itu hampir pasti ke Selangor FC bagi mengisi kekosongan pemain bernombor 10.

Namun ketajaman sentuhan pemain dari Argentina itu amat diharapkan oleh para penyokong skuad Perak dan Terengganu FC yang berdepan masalah ketumpulan penyudah.

Di sebalik itu, ada juga dedas-desus mengaitkan pemain itu ke skuad JDT semula selepas hantarannya di Instagram mendapat tanda suka daripada bekas rakan sepasukannya di Harimau Selatan.

Terbaharu, laman @palataobola berkongsikan kemungkinan baharu yang mengaitkan Guerra dengan Sabah FC dan Kelantan FC pula.

WhatsApp Image 2023-04-03 at 15.41.34

Tangkap layar perkongsian @palataobola. — Instagram

Tatkala khidmat pemain berketinggian 1.83 meter itu menjadi rebutan kelab-kelab Liga Super tersebut, ada cakap-cakap daripada pihak penyokong yang mengaitkan Guerra dengan dua kelab utara tanah air.

Ketika itu, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC juga dikatakan menjadi antara pencabar utama untuk mendapatkan tandatangan import berbisa JDT itu.

Guerra yang kini berstatus ejen bebas sudah dua musim tidak memiliki kelab selepas meninggalkan Sarawak United FC pada 2020.

Itupun dia tidak sempat beraksi dengan skuad Ngap Sayot berikutan Liga Malaysia dihentikan seketika gara-gara penularan wabak Covid-19. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram