ARSENAL kini sedang mengintai penyerang Juventus, Dusan Vlahovic menjelang jendela perpindahan musim panas ini, deda wartawan Pete O'Rourke kepada Givemesport.
Kelab itu dijangka kembali ke kempen Liga Juara-Juara musim depan, yang menyaksikan The Gunners bakal menjadi prospek menarik bagi para pemain di seluruh Eropah.
Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan Vlahovic sebelum dia menandatangani Juventus lagi, tetapi penyerang Serbia itu mahu bersaing dalam Liga Juara-Juara pada musim ini.
Arsenal sekadar bermain di Liga Europa pada musim ini selepas mencatatkan kedudukan kurang baik dalam saingan liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Hanya selepas menyertai Juventus, Vlahovic menjawab khabar angin bahawa The Gunners juga berminat untuk mendapatkan tandatangannya.
"Mungkin ejen saya tahu (tentang tawaran Arsenal) tetapi saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa mengenainya.
"Saya hanya ada satu kelab dalam fikiran saya iaitu Juventus. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan. Dan sekarang saya rasa berbesar hati untuk diberikan jersi ini. Ia luar biasa setiap kali saya memakainya," kata Vlahovic.
Arsenal sedang memburu kejuaraan liga pertama mereka sejak kali terakhir pada 2004. — Agensi
Bagaimanapun, dengan Juventus kini berada di tempat ketujuh Serie A dan berdepan pertarungan sukar untuk layak ke Liga Juara-Juara, Vlahovic mungkin mempertimbangkan cabaran baharu pada musim panas.
Berkenaan khabar angin perpindahan itu, O'Rourke berkata, Vlahovic berminat untuk berpindah ke Arsenal ketika kelab itu mahu mendapatkan seorang penyerang musim panas ini.
Bercakap kepada Givemesport, O'Rourke memberitahu bahawa penyerang bernilai £66 juta (RM359 juta) itu merupakan sasaran Arsenal sebelum dia berhijrah ke Juventus.
"Mereka sentiasa memantau situasi pemain itu dan posisi nombor sembilan adalah kedudukan yang Mikel Arteta (pengurus Arsenal) inginkan bagi memperkukuhkan kedudukan pada musim depan.
"Saya pasti Vlahovic pasti berminat untuk berpindah ke Arsenal, terutamanya jika mereka memenangi Liga Perdana dan bermain dalam Liga Juara-Juara," katanya.
Vlahovic menjaringkan 92 gol dalam 206 perlawanan sepanjang kariernya, berdasarkan statistik Transfermarkt.
Jesus mencetak dua gol ketika aksi menentang Leeds United. — Agensi
Justeru, tidak syak lagi dia akan menambah kelebihan klinikal di barisan serangan The Gunners.
Bagaimanapun, tidak mustahil penyerang sedia ada ketika ini seperti Gabriel Jesus, Folarin Balogun dan Eddie Nketiah mungkin meninggalkan kelab itu jika mereka terus memburu khidmat Vlahovic.
Jesus misalnya beraksi cemerlang selepas kembali dalam kesebelasan utama Arsenal buat kali pertama di Liga Perdana sejak November tahun lalu apabila meledak dua gol ketika menewaskan Leeds United 4-1, pada Sabtu.
Perlawanan di Stadium Emirates itu turut menyaksikan Ben White dan Granit Xhaka mencatatkan nama selaku penjaring gol Arsenal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram