PEMAIN Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat bukan lagi penjaga gol pilihan utama The Rhinos namun dia tetap menerimanya dengan hati yang terbuka.
Selepas bertahun-tahun bermain sebagai penjaga gol pertama, kali ini Khairul Fahmi digunakan secara bergilir-gilir dengan rakan rakan sepasukannya, Damien Lim dalam saingan Liga Super.
Khairul Fahmi yang berusia 34 tahun telah bermain dalam tiga perlawanan liga setakat ini manakala Damien pula sudah beraksi dalam dua perlawanan dan kedua-duanya mempamerkan aksi cemerlang apabila membantu The Rhinos menghuni keduduka kedua dengan 13 mata.
Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee memilih untuk menggilirkan posisi penjaga gol kerana kedua-duanya mempunyai kualiti dan akan membantu kelab dalan musim yang sibuk termasuk Piala AFC.
Ketika ditanya sama ada Khairul Fahmi selesa dimainkan secara bergilir-gilir, pemain yang mesra dengan panggilan Apek itu menyatakan ia adalah perkara yang bagus untuknya.
Khairul Fahmi dan Damien kini masing-masing diberikan peluang bermain bersama Sabah FC. — Facebook/SabahFC
“Tahun ini, kami akan mempunyai banyak perlawanan dalam kancah domestik, dan kemudian kami juga mempunyai Piala AFC. Ia juga bagus untuk Damien kerana dia memerlukan minit untuk menjadi lebih kuat.
“Dan dalam pasukan kebangsaan sekarang, Damien salah satu daripada yang mendapat panggilan. Jadi mempunyai minit permainan adalah perkara yang baik untuk perkembangannya.
“Saya tiada masalah berkongsi minit permainan dengannya.
“Anda perlu faham bahawa apabila penjaga gol tidak bermain terlalu lama, ia boleh menjejaskan tempo permainan. Jadi mempunyai dua penjaga gol dengan minit yang baik adalah bermanfaat untuk pasukan.
"Jurulatih Kim Swee memberitahu kami tentang rancangannya untuk bergilir, dan kami akan bersamanya sepanjang perjalanan," katanya.
Selepas rehat antarabangsa, Sabah akan menentang pasukan teratas Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan Liga Super keenam mereka di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada Jumaat.
Khairul Fahmi berkata, pasukan itu telah membuat persiapan rapi untuk perlawanan itu dan telah menukar masa latihan kepada malam bertepatan dengan bulan Ramadan.
“Walaupun berpuasa, semua orang memberikan 100 peratus mereka. Dari segi komitmen, ia sangat baik.
“JDT, seperti yang kita semua tahu, berada di puncak liga dan kini pasukan terbaik di Asia Tenggara. Kami tahu kualiti yang mereka ada, jadi persiapan kami haruslah hebat," jelasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram