Dominic akui Pan-gon ada 'demand' tinggi terhadap pemain HM


  • Podium
  • Ahad, 26 Mac 2023

Aksi Dominic ketika diturunkan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Turkmenistan pada 23 Mac lepas. — Facebook/ FAM

PERTAHANAN skuad Harimau Malaya, Dominic Tan berpendapat ketua jurulatih, Kim Pan-gon mempunyai sasaran tertentu yang diletakkan kepada setiap pemain selepas setahun jurulatih itu mengemudi skuad kebangsaan.

Menurutnya, jurulatih dari Korea Selatan itu ada demand yang tinggi terhadap semua pemain yang membuatkan mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap permainan masing-masing.

"Coach Pan-gon sudah berada di sini selama setahun, jadi semua pemain tahu apa demand dia.

"Sudah tentu sesiapa saja yang diberikan peluang untuk bermain akan memberi yang terbaik untuk keep up to his demand (menuruti permintaannya)," katanya menerusi rakaman temu bual di Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

337523501_185663117572608_497350531478848297_n

Dominic (kiri) dan Darren Lok menjalani latihan di kem Harimau Malaya. — Facebook/ FAM

Dominic berkata lagi, saingan dalam skuad kebangsaan begitu sengit namun ia memberikan cabaran sihat kepada pemain untuk merebut kesebelasan utama.

"Ia bukan benda yang mudah tetapi menjadi cabaran yang kami semua mahukan untuk meningkatkan lagi tahap permainan.

"Semua orang bukan sahaja di posisi pertahanan tetapi posisi lain juga ada kualiti masing-masing kerana semua pemain adalah bagus," katanya.

Mengulas mengenai persiapan bertemu Hong Kong, Dominic berkata, dia dan rakan sepasukan mengambil serius siapa sahaja lawan mereka.

"Tak kisahlah lawan Turkmenistan atau Hong Kong, kita ambil serius dan buat persiapan rapi.

"Saya akan beri terbaik jika dapat peluang lagi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram