Wira JDT tak bangga diri, Syihan tetap komited jika layak pertahan gawang negara kali ke-10


  • Podium
  • Khamis, 23 Mac 2023

Syihan ketika sesi latihan di kem Harimau Malaya. — Facebook/FAM

SELEPAS mengekalkan empat rekod bersih tanpa bolos daripada lima perlawanan untuk Johor Darul Takzim (JDT) dalam Liga Super, penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi adalah pilihan yang jelas untuk mengawal gawang Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada Khamis.

Tetapi pemain berusia 26 tahun itu tidak mengambil mudah kedudukannya itu walaupun Syihan kini menjadi wira untuk Harimau Selatan.

Syihan menunjukkan komitmen dan dedikasi dengan mengikuti latihan intensiti tinggi jurulatih penjaga gol, Cho Jun-ho untuk memastikan dia mengekalkan statusnya sebagai penjaga gawang nombor satu pilihan Kim Pan-gon.

Memandangkan dia bakal memenangi penampilan ke-10 bersama Malaysia, Syihan juga berhati-hati dengan persaingan sengit yang ditawarkan oleh tiga lagi pemain.

WhatsApp Image 2023-03-23 at 10.33.01

Empat penjaga gol mendapat panggilan Harimau Malaya kali ini. — Facebook/FAM

Kali ini pengendali dari Korea Selatan itu memanggil Kalamullah Al-Hafiz (Kedah Darul Aman FC, Damien Lim (Sabah FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dari Negeri Sembilan FC.

"Saya akan menjadi orang terakhir yang berpuas hati dengan kejayaan saya, memandangkan kualiti tiga penjaga lain.

''Tiada seorang pun daripada kami mampu untuk berasa santai kerana intensiti latihan sentiasa tinggi. Kita mesti mengelakkan zon selesa jika kita mahu mengekalkan tempat,” kongsinya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram