PEMENANG Piala Dunia 2014, Mesut Ozil mengumumkan persaraan daripada karier bola sepaknya yang penuh gemilang hanya pada usia 34 tahun.
Ozil memenangi Piala Dunia bersama Jerman merupakan bekas bintang Real Madrid sebelum menyertai Arsenal.
“Selepas mempertimbangkannya, saya mengumumkan persaraan serta merta daripada bola sepak profesional.
“Saya berterima kasih atas peluang menjadi pemain profesional hampir 17 tahun. Tetapi sejak kebelakangan ini, dengan kecederaan yang dialami, saya rasa sekarang masa yang sesuai untuk meninggalkan bola sepak.
“Saya ucapkan terima kasih kepada kelab-kelab yang pernah saya wakili – Schalke 04, Werder Bremen, Real Madrid, Arsenal, Fenerbahce, Basaksehir – dan jurulatih serta rakan sepasukan yang banyak membantu saya.
“Terima kasih juga kepada penyokong yang sentiasa setia bersama saya dalam apa jua keadaan dan di kelab saya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Bersama Real, Ozil pernah memenangi gelaran La Liga (2011-2012) dan Piala Raja Sepanyol (2010-2011), di England dia membantu Arsenal merangkul Piala FA (2013-2020) dan Piala Komuniti (2015).
Bekas perancang utama itu juga pernah memenangi beberapa anugerah individu termasuk Anugerah Media Laures dan pemain terbaik Jerman pada tahun 2011, 2012, 2013, 2015 dan 2016. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram