NAIB juara Liga Perdana 2022, Kelantan FC musim ini bermula dengan langkah kiri apabila tewas tiga perlawanan dalam lima perlawanan terakhir dalam Liga Super.
Walaupun musim ini Kelantan antara pasukan yang memenuhi kuota import dengan sembilan pemain dilihat masih belum mampu beri saingan dalam Liga Super.
Antara import yang sering mendapat kritikan penyokong ialah penyerang kelahiran Gambia, Nuha Marong yang gagal memberi impak positif buat pasukan.
Nuha Marong dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC. — Facebook/TRW Kelantan
Dia dikritik oleh penyokong kerana terlalu mudah membenarkan pihak lawan mencuri bola, pemain tinggi lampai itu juga dilabel sebagai seorang yang tidak mahu memberi tekanan buat rakan sepasukan.
Penyerang berusia 29 tahun itu turut diturunkan ke skuad muda Kelantan kerana dibayangi dengan seorang lagi import iaitu Ismahil Akinade.
Namun begitu, Nuha tetap menjadi kritikan penyokong Kelantan kerana gagal menjaringkan gol walaupun berlawan dengan pemain-pemain muda dalam Piala MFL ketika menentang Negeri Sembilan FC.
Nuha Marong. — Facebook/TRW Kelantan
"Main dengan budak-budak muda pun tak tahu apa-apa Nuha ini," ujar Nazeri Fmaluminium.
"Malas nak komen lebih-lebih, takkan tak reti nak pilih pemain import, tengok rekod dengan kelab sebelum ini pun dah tahu tahap kecergasan macam mana.
"Asal murah beli, lepas itu sembang pasal pembangunan bola sepak Kelantan, penyokong tak pergi stadium kata tak support pasukan," jelas Mohd Fazeri.
"Main dengan team B pun tak jadi Nuha Marong ini," kata Ahmad Syauqi.
"Lawan dengan defend tak ada import pun tak boleh nak buat gol," luah Mohammad Amirul. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram