Garnacho terpaksa tanggung sakit hingga masa kecederaan, respons Erik ten Hag memang tak disangka


  • Podium
  • Isnin, 13 Mac 2023

Alejandro Garnacho terpaksa menggunakan tongkat ketika meninggalkan Old Trafford. — Agensi

PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag, tidak begitu mengambil berat tentang kecederaan yang dialami oleh Alejandro Garnacho pada Ahad walaupun dia memerlukan tongkat ketika meninggalkan Old Trafford.

"Saya tak kisah," katanya ketika ditanya mengenai kecederaan dialami Garnacho.

Garnacho diberi peluang bermain pada separuh masa kedua ketika United seri 0-0 dengan Southampton dan mengalami kecederaan selepas diterjah Kyle Walker-Peters.

Pemain pertahanan Southampton itu cuba mendapatkan bola dalam kawasan penalti, namun buku lali kanan Garnacho kelihatan tersepit di antara kaki pertahanan tersebut.

Garnacho kelihatan dalam kesakitan tetapi berjaya bermain sehingga dia dikeluarkan pada masa kecederaan ketika Ten Hag berusaha untuk memperkuatkan 10 pemain United.

Dia kemudiannya dilihat meninggalkan stadium dengan bertongkat.

"Dia mengalami sedikit kecederaan selepas terjahan itu. Lawan membawa masuk penyerang yang memiliki fizikal, Paul Onuachu dan saya tidak mahu mengambil risiko, kami sudah kekurangan seorang pemain," kata Ten Hag.

United seterusnya beraksi awal pagi Jumaat apabila mereka ke Seville untuk menentang Real Betis dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa.

Mereka mendahului agregat 4-1 ke atas Benito Villamarin selepas kemenangan menyeluruh di Old Trafford pada perlawanan pertama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram