Menentang Ronaldo lebih sukar berbanding Messi — Muller


  • Podium
  • Khamis, 09 Mac 2023

Muller (belakang) mengakui Ronaldo memberikan cabaran lebih besar ketika di peringkat kelab. — Agensi

KEKALAHAN yang dialami Paris Saint-Germain (PSG) kepada Bayern Munich dalam pusingan 16 pasukan Liga Juara-juara UEFA (UCL) pada awal pagi Khamis menyaksikan mereka tersingkir dengan agregat 0-3.

Dua gol yang masing-masing dijaringkan Eric Chopou-Moting dan Serge Gnabry menyaksikan gergasi Jerman tersebut mara ke peringkat suku akhir.

Penyingkiran PSG itu juga menyaksikan tonggak pasukan, Lionel Messi sekali lagi kempunan untuk menjuarai kejohanan tersebut selepas kali terakhir memenanginya bersama Barcelona pada 2015.

Namun, bagi pemain tengah Bayern Munich, Thomas Muller, kejayaan tersebut berpunca daripada nasib yang sering menyebelahi mereka setiap kali berdepan pemain antarabangsa Argentina itu.

"Apabila kami bermain menentang Messi di peringkat kelab, semua perkara akan menjadi mudah berbanding ketika kami menentang Real Madrid yang memiliki Cristiano Ronaldo satu masa dahulu.

WhatsApp Image 2023-03-09 at 18.38.37

Muller berpendapat Messi tidak boleh menanggung beban tersebut secara berseorangan. Agensi

"Bagaimanapun, saya cukup menghormati Messi ketika dia bersama pasukan kebangsaan dalam aksi Piala Dunia sebelum ini," katanya selepas perlawanan tersebut.

Tambah pemain berusia 33 tahun itu, dia berpendapat penyerang berstatus legenda itu tidak boleh memikul tanggungjawab secara berseorangan jika mahu menjuarai UCL.

Sepanjang kariernya, Muller sudah mencatatkan enam pertembungan bersama pemenang Ballon d'Or itu sebanyak enam kali dengan hanya satu kekalahan direkodkan.

Namun, bagi Ronaldo pula, Bayern Munich terpaksa akur dengan dua kekalahan dalam lapan pertembungan ketika pemain berusia 38 tahun itu beraksi dengan sembilan gol dijaringkannya.

Musim ini, Bayern Munich dianggap sebagai salah sebuah pasukan yang mempunyai peluang cerah untuk menjulang trofi itu selepas beraksi cukup baik di peringkat liga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram