'Import scammer, pemain gemar kutip kad', fans tidak puas hati prestasi Sang Kenari


  • Podium
  • Rabu, 08 Mac 2023

Manuel Ott gagal menyelamatkan Kedah walaupun menjaringkan dua gol. — Facebook/ KDA FC

'PERLAWANAN dramatik'.

Itulah yang boleh dirumuskan tentang perlawanan 'Northern Derby' di antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada Rabu.

Kedah yang bermula baik pada awal permainan berjaya menjaringkan gol menerusi tendangan luar kotak penalti Manuel Ott pada minit ke-8.

Namun Penang kembali memintas kedudukan pada minit ke- 21 menerusi tampanan, Giovane Gomes dan jaringan gol oleh Soony Saad pada minit ke-67.

Kedah dilihat tidak berputus asa pada babak hujung permainan apabila melancarkan serang bertubi-tubi di kawasan Penang FC.

Manuel Ott

Manuel Ott menjaringkan gol seawal minit ke-8. — Facebook/ KDA FC

Sehinggalah pada minit ke-89 pasukan Kedah berjaya memecah kebuntuan gol sekali lagi menerusi sepakan deras luar kotak penalti, Manuel Ott.

Sambung masa tambahan, kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Akhirnya Penang berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menendang keluar Kedah seawal pusingan pertama dalam kejohanan Piala FA.

Kekalahan tersebut ternyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong tuan rumah terhadap pemain-pemain Kedah yang mudah termakan dengan provokasi pihak lawan.

Nafuzi

Taktikal Nafuzi mula dipertikai penyokong Kedah. — Facebook/ KDA FC

Menurut penyokong Sang Kenari, pemain Kedah gemar mengutip kad berbanding bermain secara berpasukan dan mensia-siakan peluang yang terhidang.

"Pemain import kita semua nak kepala angin kenapa? Kalau tak kena cara ada yang kad kuning bertukar warna merah pula nanti," kata Oit Aman.

"Emosi dalam padang kalau tak jaga masa 'game play' memang lingkup satu pasukan, kalau kena kad merah jahanam terus.

"Kutip kad kuning yang sia-sia sahaja, Lira ada dua peluang yang terbaik tak sempurnakan," jelas Mohd Faizal.

Penyokong melabel pemain import baharu Kedah sebagai 'scam'. — Facebook/ KDA FC

Malah ada penyokong yang melabelkan pemain import Kedah tidak berkualiti dan mula mempersoalkan taktikal yang diterapkan oleh Nafuzi Zain.

"Nafuzi Ball ini based on cekik-cekik orang ke?" soal Ng Man Tat.

"Dah kata import tahun ini pun sama teruk juga, dapat rasa tahun ini tak dapat nak pergi jauh, siapalah yang cari pemain import tak ada kualiti, taktikal Nafuzi pun sama," kata Nor Hazwan.

"Kesemua import hancur, yang betul-betul berkualiti hanya Manuel Ott dengan Bojan Ciger," ujar Mursyid Ahmad.

"Nampaknya Nafuzi Ball, pemain import semua berjaya scam penyokong Kedah musim ini," luah Hajiji Akmal.

KDA FC nampaknya terpaksa berputih mata apabila ditendang keluar seawal pusingan pertama oleh Penang.

Selepas ini Penang akan bertemu pasukan Kuching City pada pusingan 16 pada bulan hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram