TOKOH korporat yang juga bekas pemilik KL City FC, Allahyarham Datuk Che Azizuddin Che Ismail dilaporkan meninggal dunia pada Isnin (6 Mac 2023).
Berita dukacita itu dikongsikan laman Facebook Kelab Penyokong Bola Sepak Kuala Lumpur - KLFC pada Selasa.
"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Che Azizuddin @ Tok Din yang telah pulang ke rahmatullah pada 6 Mac 2023.
"Allahyarham adalah seorang yang suka merendah diri dan berjiwa besar dalam sukan bola sepak," katanya.
Laman penyokong itu turut mengambil kesempatan menitip sekalung penghargaan kepada Allahyarham Che Azizuddin yang banyak membangunkan skuad Warga Kota.
"Terima kasih atas sumbangan dan idea kepada kelab bola sepak Kuala Lumpur.
"Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," tulisnya.
Jenazah Allahyarham Che Azizuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. — Facebook/ Mohd Rais Fitri
Terdahulu, arwah dilaporkan meninggal dunia pada 9.10 malam sebelum jenazahnya dimandi dan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada 9 pagi Selasa.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham Che Azizuddin pernah menjadi pemilik kelab KL City FC dan Lembaga Pengarah KLCFC pada 2021.
Bagi musim 2023, Kuala Lumpur City FC Sdn. Bhd. (KLFC) secara rasmi dimiliki oleh firma perunding kewangan, Rinani Group Berhad (Rinani) apabila memperoleh pegangan majoriti dalam kelab tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram