Lord Maguire bongkar amukan Eric ten Hag masa ‘half time’, bangkit tunjukkan The Hammers jalan keluar Piala FA


  • Podium
  • Khamis, 02 Mac 2023

Garnacho berjaya menjaringkan satu gol sekali gus membantu Manchester United memenangi perlawanan bertemu West Ham dalam Piala FA.

KAPTEN Manchester United, Harry Maguire mengakui Erik ten Hag tidak berpuas hati dengan aksi separuh masa pertama pasukannya di Old Trafford dalam kemenangan dramatik ke atas West Ham pada awal pagi Khamis.

Manchester United berjaya melakukan 'comeback' untuk memastikan kemenangan dalam aksi Pusingan Kelima Piala FA, sebelum Alejandro Garnacho dan Fred menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan.

Ten Hag membuat beberapa perubahan pada kesebelasan utama selepas kemenangan Piala Carabao ke atas Newcastle United pada Ahad.

Namun para pemain tampil mempersembahkan aksi buruk pada separuh masa pertama dengan West Ham terlebih dahulu menjaringkan gol.

Maguire berkata, perkara itu dibuktikan apabila Ten Hang dilihat tidak gembira melihat pemain-pemainnya di atas padang dengan satu jelingan tajam ke arah mereka.

"Selepas wisel separuh masa pertama ditiupkan, dia (Ten Hag) pergi dengan cepat, sejujurnya, dia tahu kami perlu buat sesuatu," kata Maguire kepada MUTV.

"Kami harus membuat sesuatu, atau kami akan kalah dalam perlawanan itu, untuk keluar pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol.

"Saya tahu kami perlu bermain mengikut wisel sekali gus akan mendapat reaksi negatif daripada pengurus, tetapi 30 minit terakhir kami berjaya melakukan sesuatu yang menakjubkan.

"Ia adalah permainan yang sukar, separuh masa pertama kami tidak berada pada tahap terbaik, agak perlahan, saya tidak tahu mengapa.

"Kami bercakap tentang permainan, perlawanan ini adalah tentang kemenangan dan kemajuan, saya mesti katakan 30 minit terakhir sangat bagus, tanpa henti daripada pemain dan ia pertarungan yang sangat hebat.

Dalam pada itu, Maguire berkata, Garnacho telah dipuji oleh ten Hag kerana dia baru sahaja membuat 10 penampilan bersama kelab namun masih berada dalam prestasi terbaiknya.

"Garnacho sangat bagus, dia adalah seorang pemain muda dengan bakat luar biasa, dia akan menjadi pemain bintang satu hari nanti jika dia bekerja dan berlatih bersungguh-sungguh seperti sekarang.

"Pasukan terbaik tidak pernah berhenti percaya, saya tidak mengatakan kami adalah salah satu pasukan terbaik, kerana banyak perkara yang perlu dilakukan, kami akan mengorak langkah ke hadapan dan mempunyai falsafah tersendiri untuk berjaya," ujarnya.

Dengan kemenangan itu, Manchester United mara ke suku akhir Piala FA dan bakal bertemu Fulham. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram