‘Lebih baik kekal pasukan musim lepas', seri lawan Jang tapi fans Tok Gajah tidak puas hati dengan team


  • Podium
  • Ahad, 26 Feb 2023

Antara aksi pemain ketika perlawanan sulung bagi Sri Pahang dan skuad Jang yang berkesudahan seri 1-1. — Facebook/SriPahang

NEGERI Sembilan FC (NSFC) gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri apabila diikat 1-1 oleh pasukan pelawat, Sri Pahang FC dalam perlawanan pembuka tirai Liga Super 2023 kedua-dua pasukan pada Ahad.

Dalam aksi yang diadakan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi itu menyaksikan skuad Jang terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan jaringan dari penyerang bertubuh sasa, Casagrande pada minit ke-21.

Sebelum babak pertama berakhir, penjaga gol pertama Sri Pahang, Mohd Izham Tarmizi terpaksa diusung keluar susulan berlaku perlanggaran dengan pertahanan Skuad Jang.

Sri Pahang FC bagaimanapun berjaya mempamerkan kebangkitan dengan jaringan dari pemain gantian Malik Ariff yang dihantar daripada pemain kacukan negara, David Rowley pada minit ke-48.

Pada masa pertama, skuad Sri Pahang dilihat berjaya menguasai permainan namun gagal mencetak sebarang jaringan kerana ketumpulan penyudah yang agak lemah.

Dengan rata-ratanya barisan pemain Sri Pahang yang dibarisi pemain baharu, penyokong Tok Gajah berpendapat seperti tiada perubahan dalam skuad tersebut.

WhatsApp Image 2023-02-26 at 22.38.42

Rowley antara pemain yang mendapat kecaman hebat daripada penyokong Tok Gajah.

‘Begini lebih baik kekalkan skuad tahun lepas,” kata penyokong Sri Pahang, Shariman Anuar.

“David Rowley ini main macam mana, tapi simpan juga, Lagi satu orang pergi main bola bukan nak berhensem. Control macho,” kata penyokong Sri Pahang, Kopo Kokpau.

“Padu Jang, ajar skit Sri Pahang cara bermain bola sepak yang sebenar,” kata penyokong, Tarmizi Solusi.

Manakala, bagi penyokong skuad Jang pula berpendapat, pengendali tuan rumah, K Devan tidak sepatutnya mengeluarkan Casagrande terlalu awal kerana pemain itu merupakan nadi utama jentera serangan NSFC.

Mana tidaknya, selepas Casagrande tidak beraksi pada babak kedua, skuad Jang seperti hilang sengat untuk mencetak jaringan.

Kedua-dua pasukan hanya mampu berpuas hati apabila hanya mampu membawa pulang satu mata pada perlawanan pertama Liga Super di Paroi itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram