'Tiga kali kena tangan', penyokong Selangor geram pengadil tak bagi penalti


  • Podium
  • Ahad, 26 Feb 2023

Selangor berjaya menewaskan Kelantan United dengan keputusan 1-0 di Stadium MBPJ. — Facebook/Selangor FC

SELANGOR membuka tirai kempen Liga Super dengan keputusan positif apabila berjaya mengutip tiga mata penuh di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Selangor pada Ahad.

Skuad Gergasi Merah berjaya menewaskan Kelantan United dengan keputusan 1-0 hasil tandukan Yazan Al-Arab selepas menyempurnakan sepakan sudut yang diambil Faisal Halim pada minit ke-40.

Anak buah kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menguasai permainan sepanjang 90 minit, namun gagal menambah jaringan kerana pemain Kelantan United berdisplin mengawal benteng pertahanan.

Namun baru sahaja Liga Super membuka tirai dengan perlawanan pertama, pengadil sudah menjadi perhatian penyokong Selangor kerana tidak memberikan sepakan penalti buat pasukan tuan rumah itu.

Sebanyak tiga kali berturut-turut bola terkena tangan pemain Kelantan United pada separuh masa pertama namun tidak mendapat respons positif daripada pengadil.

333562550_191802893452724_1478085235391044773_n

Noor Al-Rawabdeh. — Facebook/Selangor FC

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen Facebook rasmi Selangor FC, rata-rata penyokong meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengadil kerana tidak memberikan sepakan penalti.

"Memang main bola boleh pakai tangan ke sekarang?" soal Muhd Shahrul Anuar.

"Tiga kali kena tangan pemain Kelantan United, takkan satu pun tak dapat penalti wahai pengadil yang tersayang," ujar Mohd Sharul.

"Kempunan penalti, reff tidur," kata Zul Yusri.

"Kenapa teruk sangat pengadil Malaysia ini," luah Nasrulnizam Nas.

333524350_1129459301064125_397640220454372098_n

Ayron del Valle dikepung pemain-pemain Kelantan United. — Facebook/Selangor FC

Dalam pada itu, ada juga penyokong tuan rumah yang tidak gemar dengan taktikal diterapkan oleh pasukan Kelantan United yang dilihat lebih gemar bertahan di kawasan sendiri.

"Pertahanan Kelantan Untied yang degil, kena bawa rotan ini," jelas Al Azhar.

"Ini bukan parking bas, ini dah letak kontena terus," ujar Aziq Nabil.

"Tak kisah berapa gol yang penting tiga mata, taktikal Kelantan United ini banyak parking bas," kata Saiful Redzuan.

"Kelantan United dah boleh keluar Liga Super, terlampau parking bas, selepas itu bila Selangor dapat bola terjah dari belakang," luah Hanif Epep.

333784708_1657281451367808_4150511733873976248_n

Fandi Othman (kiri) dan Yohandry Orozco (kanan). — Facebook/Selangor FC

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Selangor meraih kemenangan pertama Liga Super 2023.

Selepas ini, Selangor akan terbang ke Sarawak bagi perlawanan kedua Liga Super untuk bertemu Kuching City pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram