Pasang impian besar di Selangor, Orozco tidak berselindung pilih Gergasi Merah


  • Podium
  • Ahad, 19 Feb 2023

Orozco bertindak sebagai jeneral aas padang untuk pasukan Selangor FC musim ini.

DUA pemain import baharu Selangor FC, Yohandry Orozco dan Ayron Del Valle bercita-cita mahu memberi impak besar kepada skuad Gergasi Merah dalam saingan Liga Super musim ini.

Orozco, 31 dan Ayron, 33, diberi tanggungjawab memberi kestabilan kepada pasukan dalam mengharungi musim baharu yang jelas lebih panjang berbanding musim terdahulu.

Sebagai jeneral atas padang, Orozco diharap dapat membantu rakan sepasukannya itu bagi mendapatkan jaringan gol yang boleh memberi kemenangan kepada pasukan.

“Saya mahu bekerjasama dengan Ayron untuk mencetak nama kami sebagai penjaring pasukan. Kami juga mahu menyumbang sesuatu yang penting kepada pasukan bersama kakitangan kejurulatihan,” kata Orozco.

The players of Selangor being unveiled to the public at the Tropicana Gardens Mall.

Barisan skuad utama Selangor FC yang diperkenalkan pada Sabtu.

Bekas pemain kelab Jerman, Wolfsburg itu berkata, dia berazam untuk memberi impak positif kepada pasukan Selangor FC yang pernah menjulang kejuaraan Piala Malaysia sebanyak 33 kali.

“Pada musim pertama di Malaysia, saya mahu meninggalkan banyak perkara positif dalam pasukan dan ingin memenangi piala pertama saya bersama mereka.

“Kami akan usaha sehabis baik musim ini bagi memberikan saingan sengit kepada kelab lain,” kata pemain kelahiran Venezuela itu.

Karier profesional pemain itu bermula sejak berusia 16 tahun bersama Maracaibo dan kelab terakhirnya adalah Deportes Tolima yang menyaksikan dia melakar 12 jaringan dan 18 bantuan gol menerusi 114 penampilan merentasi dua musim bersama pasukan itu.

1936758

Selain Orozco, Del Valle mahu memberikan impak kepada Selangor FC. — Facebook/Selangor

Mengulas megenai penyertaannya ke Liga Malaysia dari Liga Columbia, Orozco berkata, dia menginginkan satu pengalaman berbeza daripada apa yang pernah dialami di saingan tertinggi benua Amerika Selatan, Copa America.

"Saya membuat homework mengenai Liga Malaysia dan berasakan Selangor FC merupakan destinasi yang bagus. Ia kelab besar dan saya sukakan cabaran.

"Saya mahu menikmati masa saya di Selangor FC dan menghiburkan penyokong dengan persembahan menarik," katanya.

Orozco adalah rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram