Luqman Hakim dedah rahsia di sebalik but buruk kesayangan, motif berhijrah ke Liga Iceland


  • Podium
  • Khamis, 09 Feb 2023

Luqman akan menyarung jersi pasukan selama semusim sehingga penghujung tahun ini.

PERPINDAHAN pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin ke Liga Divisyen 2 Iceland, Njardvik FC secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk diterima baik oleh penyokong tanah air.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Njardvik FC pada Selasa, pemain berusia 21 tahun itu akan menyarung jersi pasukan selama semusim sehingga penghujung tahun ini.

Seperti yang dilaporkan Majoriti sebelum ini, menerusi dalam video pengenalan kelab baharunya itu, keadaan but bola sepak kesayangan Luqman Hakim menarik perhatian orang ramai.

Dalam video tersebut, pemain kelahiran Kelantan itu dilihat masih setia memakai but kesayangannya meskipun keadaannya yang buruk dan lusuh.

Tampil menjelaskan sebab tetap menggunakan kasut tersebut, Luqman Hakim berkata, but tersebut boleh dikatakan memberi tuah kepadanya, sekali gus akan menjadi pilihan utama untuk dipakai setiap perlawanan.

but man

Keadaan but Luqman Hakim dalam video tersebut.

"Dah koyak memang nak pakai. Sampai dah tak boleh, saya tukar. Bukan tiada kasut, sebab kasut itu mungkin bagi tuah dekat saya. Sebab kasut itu saya selalu jaringkan gol, dengan pasukan bawah 21 tahun semua dan ketika perlawanan persahabatan.

"Saya banyak bermain banyak dengan kasut itu. Latihan guna kasut lain. Banyak perlawanan saya guna kasut itu. Musim nanti ini nak pakai kasut itu. Biarlah orang nak cakap kasut koyak ke sebab kasut itu saya anggap luck untuk saya," katanya memetik dari laporan media tempatan.

Dalam pada itu, bekas pemain Selangor II itu juga mendedahkan sebab di sebalik memilih untuk bermain di Liga Iceland sebagai destinasi baharunya.

Luqman Hakim berkata, jurulatih kelab tersebut bersungguh-sungguh menunjukkan minat untuk menggunakan khidmatnya, selain boleh mengumpul mengumpul minit permainan.

"Mungkin orang tertanya-tanya tiada liga lain ke. Tawaran dari kelab lain ada tetapi jurulatih kelab (Njardvik) bersungguh mahukan saya, jadi saya memilih untuk ke sini.”

"Jika saya pergi jurulatih tak minat, susah saya nak bagi keyakinan. Saya lagi tidak sabar untuk beri 100 peratus kepada pasukan," jelasnya.

Sejak menyertai KV Kortrijk pada 2021, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu hanya mengumpul sebanyak sembilan minit masa permainan dan hanya beraksi dalam tiga perlawanan.

Pemain itu sebelum ini mencipta sensasi apabila menandatangani kontrak profesional bersama Kortrijk pada 2020 sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di Belgium. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram