Tonggak import TFC tidak kisah disamakan dengan bintang Real Madrid


  • Podium
  • Ahad, 05 Feb 2023

Pusic diberikan jolokan 'Benzema Terengganu' kerana wajahnya yang mirip dengan Karim Benzema. — Facebook/Terengganu FC

TONGGAK baharu Terengganu FC (TFC), Domagoj Pusic tidak menyangka ramai peminat setia skuad Penyu mengatakan wajahnya mirip seperti penyerang terkemuka dunia, Karim Benzema.

Meskipun menganggap ia adalah perkara yang lucu namun pemain berusia berusia 32 tahun itu masih terharu kerana ada disamakan dengan peledak berbisa keIab gergasi SepanyoI, ReaI Madrid itu.

Memetik laporan Harian Metro, arkitek tengah TFC itu juga memberitahu bahawa sebelum ini terdapat peminat di negara kelahirannya, Croatia juga pernah mengatakan wajahnya mirip Benzema.

"Sejujurnya secara peribadi wajah saya tidak nampak sangat kesamaannya dengan Benzema, kecuaIi janggut dan potongan rambut, tapi saya tidak kisah jika peminat di sini samakan saya dengan dia.

"Lagipun saya begitu sukakan corak permainannya (Benzema) kerana dia antara penyerang terbaik dunia yang saya percaya mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri termasuk saya.

"Jika boIeh saya mahu beraksi seperti Benzema, Iagipun dia juga idoIa saya, tapi saya sedar ia sukar kerana posisi kami berbeza, saya beraksi di bahagian tengah manakaIa dia penyerang.

"Namun walaupun beraksi di posisi perancang, sedaya upaya saya mahu membantu TFC menjaringkan seberapa banyak goI musim ini, Iagipun skuad kami bakaI bermain daIam saingan PiaIa AFC (Konfederasi BoIa Sepak Asia) seIain Liga MaIaysia (Liga M)," katanya yang tidak kisah jika ada peminat memanggiInya 'Benzema Terengganu'.

pusic

Pusic dijangka memainkan peranan penting bersama skuad Sang Penyu.Facebook/Terengganu FC

Sebelum ini, Pusic bersama rakan senegaranya, Ivan Mamut yang beraksi di posisi penyerang menandatangani kontrak seIama setahun bersama skuad TFC.

Dia memberitahu, kehadiran juruIatih baharu skuad itu, TomisIav Steinbrukner juga negara kelahirannya menambah lagi keazamannya untuk bergelar antara pemain tengah terbaik dalam Liga M.

Pada aksi pemanas badan menentang KeIantan United FC (KUFC) dua minggu IaIu di Kota Bharu, Pusic yang berketinggian 1.90 meter meIedak goI kemenangan skuadnya 2-1 seIepas rakan senegaranya itu menjaringkan goI pertama pasukannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram