Masa jadi penentu, Gergasi Merah yakin peledak Colombia mampu tunjuk 'taring'


  • Podium
  • Ahad, 05 Feb 2023

Ayron diumumkan sebagai pemain import ketiga skuad Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga M 2023.

KETUA jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu memberi masa kepada penyerang import baharu, Ayron Del Valle untuk menyesuaikan diri selain percaya dia mampu menjadi pengganti kepada bekas pemain, Herlison Caion.

Caion yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur City FC meraih 24 gol secara keseluruhan bersama Selangor pada musim lalu.

Kini Cheng Hoe mengharapkan penyerang baharu dari Colombia itu mampu untuk menggantikan posisi tersebut bagi membantu barisan hadapan pasukan.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan Del Valle masih memerlukan masa untuknya selesa dengan percaturan Selangor apabila dia hanya diuji beberapa kali dalam aksi pramusim.

“Memang kita mengharapkan Ayron akan dapat menggantikan Caion dan saya juga pernah beritahu perkara itu.

“Sudah tentu kita akan beri masa kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan faham corak permainan di Selangor.

“Yang penting rakan-rakan juga perlu memberi sokongan kepada Ayron untuk dia berikan persembahan terbaik bersama rakan sepasukan lain selepas ini," katanya.

Ayron diumumkan sebagai pemain import ketiga skuad Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023.

Pemain berusia 34 tahun berkenaan adalah pemain terbaharu keenam yang dipilih menyertai skuad bimbingan Cheng Hoe selepas Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu.

Antara pencapaian terbaiknya adalah memegang takhta penjaring terbanyak Liga Dimayor selama tiga musim berturut-turut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram