Penyerang kelahiran Jepun berusia 55 tahun sah sertai kelab Portugal


  • Podium
  • Khamis, 02 Feb 2023

Pemain tersebut pernah bercita-cita untuk bermain sehingga usianya mencecah 60 tahun. — Agensi

PEMAIN bola sepak tertua dunia, Kazuyoshi Miura, berpindah ke kelab bola sepak Portugal, Oliveirense pada Rabu, beberapa minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-56.

Menurut kelab bola sepak Jepun, Yokohama FC, Miura yang ketika ini berusia 55 tahun menyertai Oliveirense secara pinjaman, menurut laporan media antarabangsa.

Penyerang Jepun itu sebelum ini berkata, dia berhasrat untuk beraksi sehingga umurnya 60 tahun.

Miura pernah berkelana ke beberapa kelab di Eropah, Amerika Selatan dan Asia, termasuk mewakili gergasi Croatia, Dinamo Zagreb pada 1999 dan kelab Itali, Genoa FC pada 1994.

Sepanjang kariernya, dia pernah merangkul pelbagai kejuaraan seperti Piala Asia bersama Jepun pada 1992.

Miura menyarung jersi untuk pasukan kebangsaan Jepun antara tahun 1990 dan 2000 serta menjaringkan 55 gol dalam 89 penampilan antarabangsa.

Pemain itu akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 pada 26 Februari. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram