Indonesia sambar bintang Viking FC, Malaysia bakal miliki aset warisan dari Belanda


  • Podium
  • Isnin, 30 Jan 2023

Dylan yang berasal dari Belanda dikatakan layak mewakili negara berdasarkan pertalian daripada sebelah datuknya. — Agensi

MALAYSIA ketika ini memiliki ramai pemain-pemain warisan yang berpotensi untuk dibawa mewakili skuad Harimau Malaya.

Terbaharu, pemain Bawah-21 Sparta Rotterdam, Dylan Van Wageningen yang berasal dari Belanda dikatakan layak mewakili negara berdasarkan pertalian daripada sebelah datuknya.

Dia yang kini berusia 20 tahun mampu menjadi aset yang besar kepada skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon pada ketika ini.

Pemain yang gemar beraksi di posisi pertahanan kanan ini mampu membantu pasukan kebangsaan ini untuk menghadapi pelbagai kejuaraan termasuk Piala Asia 2023.

Dylan yang kini beraksi di Jack’s League diturunkan sebanyak 18 kali dan berjaya meletakkan pasukannya untuk berada di tangga ke-11 selepas 20 perlawanan.

Dylan yang kini beraksi di Jack’s League bersama Sparta Rotterdam. Agensi

Pemain tersebut beraksi cemerlang sewaktu membantu kelabnya daripada dibolosi dalam beberapa perlawanan termasuk ketika mencatatkan kemenangan besar 6-0 ke atas pasukan OFC Oostzaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutama sekali Pan-gon mungkin boleh mempertimbangkan untuk memujuk pemain ini serta menyelesaikan urusan dokumentasi dia dengan segera bagi membolehkannya beraksi dalam masa terdekat.

Tambahan pula, pasukan kebangsaan negara akan menghadapi cabaran besar tahun hadapan apabila dijadual menghadapi beberapa perlawanan persahabatan, Kejohanan Pestabola Merdeka dan Piala Asia 2023.

Pasukan kebangsaan perlu mengekalkan momentum kecemerlangan untuk melonjakkan ranking negara supaya lebih baik sebelum diundi bagi kejohanan Piala Asia.

Dengan usia muda Dylan, dia turut boleh membantu skuad Harimau Muda memandangkan tahun ini pasukan Bawah-23 (B-23) akan menghadapi cabaran besar apabila dijadual menghadapi tiga saingan utama iaitu Piala AFF B-23, Sukan SEA 2023 Kemboja serta pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024.

1643392691148

Dylan diturunkan sebanyak 18 kali dan berjaya meletakkan pasukannya untuk berada di tangga ke-11 selepas 20 perlawanan. Agensi

Di dalam saingan Piala AFF B-23 2022, pasukan negara terkandas di peringka kumpulan selepas tewas mengejut di tangan pasukan Laos sebanyak dua kali.

Manakala untuk Sukan SEA, Malaysia terpaksa berpuas hati di tangga keempat selepas gagal memanfaatkan peluang mara ke perlawanan penentuan pingat gangsa yang melihatkan skuad negara tewas kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti.

Nama-nama pemain kacukan seperti Richard Chin dan Kobe Jae Chong termasuk Dylan ini mungkin boleh dipertimbangkan dengan lebih serius bagi memperkuatkan pasukan dengan pengalaman mereka beraksi di Eropah.

Pasukan B-23 boleh menjadi medan percubaan terbaik buat pemain-pemain ini cuba menyesuaikan diri sebelum meletak sasaran untuk beraksi dalam skuad utama.

Untuk Dylan, dia perlu berhadapan dengan cabaran yang sukar jika ingin mewakili pasukan senior negara tatkala posisinya kini didominasi oleh pertahanan kental Johor Darul Takzim, Matthew Davies.

5118aabb-d02d-4cb7-b550-0129e6d8-20220414052736

Shayne Pattynama kini boleh mewakili pasukan kebangsaan Indonesia. Agensi

Sebelum pemain pertahanan Viking FK, Shayne Pattynama sudah boleh mewakili pasukan kebangsaan Indonesia.

Ini selepas proses kewarganegaraannya diluluskan oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia dalam satu majlis ringkas di pejabat kementerian itu baru-baru ini.

Shayne dan Dylan merupakan pemain kelahiran Belanda dan jika pemain berusia 20 tahun itu berjaya menyarung jersi Harimau Malaya, buat pertama kalinya Malaysia mempunyai pemain berdarah kacukan dari Belanda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram