Harapkan tuah anak sulung, Hadin bawa semangat juang pulih prestasi Harimau Kumbang


  • Podium
  • Jumaat, 20 Jan 2023

Penang FC menandatangani Hadin daripada KL City FC bagi saingan Liga Super musim ini. — Facebook

PEMAIN sayap lincah, Hadin Azman berharap kelahiran anak sulungnya awal tahun ini bakal membawa tuah dalam usaha menghidupkan semula kariernya bersama skuad Penang FC musim ini.

Bekas pemain Kuala Lumpur City FC itu meninggalkan kelab The City Boys yang memberi banyak kenangan indah pada musim lalu.

Paling menarik perhatian ialah memenangi kejuaraan Piala Malaysia pada 2021 yang mana pasukan Bojan Hodak mengejutkan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim 2-0 pada perlawanan akhir.

Hadin kini mahu membawa semangat juang itu ke Penang FC untuk membantu memulihkan prestasi skuad Harimau Kumbang yang mengharungi musim sukar selepas menduduki tempat tercorot dalam Liga Super.

"Saya kini bergelar seorang bapa dan saya berharap kelahiran cahaya mata sulung ini akan membawa tuah lebih baik kepada kerjaya dan keluarga saya.

“Saya mahu membantu Penang FC bangkit tahun ini dan pada masa sama cuba mendapatkan panggilan ke skuad kebangsaan.

“Saya menyasarkan sekurang-kurangnya kedudukan enam teratas dalam liga,” katanya.

Hadin, yang hanya mencetak tiga gol musim lalu berhasrat mahu memperbaiki mutu persembahan dengan menjadi penggempur berbisa bagi skuad The Black Panthers.

"Saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri kerana saya belum bermain dalam mana-mana perlawanan lagi.

“Saya berhasrat untuk menjaringkan lebih banyak gol berbanding musim lalu dan dengan sokongan daripada peminat, saya percaya saya boleh melakukannya,” kata Hadin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram