JENDELA perpindahan Liga Malaysia (Liga M) yang masih terbuka menjadi medan kelab-kelab membawa masuk dan menyingkirkan pemain bagi menyediakan pasukan menghadapi saingan musim depan.
Selangor FC tidak ketinggalan menjadi antara kelab yang bakal menukar barisan pemain selepas terlebih dulu mendapat nafas baharu berikutan kemasukan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berjaya membawa Selangor sebagai finalis Piala Malaysia 2022 sekali gus meletakkan indikator positif bahawa pasukan itu mampu memberikan saingan sengit tahun depan.
Dengan penanda aras baharu itu, tentunya ketajaman pemain dituntut bagi membantu membawa pasukan meraih kejayaan di peringkat tertinggi.
Caion dirasakan bukan penyerang yang boleh diharap jika Selangor mahu memburu gelaran juara pada musim depan. — Facebook
Antara posisi kritikal tentunya di bahagian serangan dan tonggak import Selangor FC, Herlison Caion kini dalam pertimbangan sama ada untuk kekal atau tidak pada musim depan.
"Kontrak Caion bersama Selangor FC difahamkan 1+1. Perbincangan masih berjalan untuk penjaring terbanyak Red Giants itu kekal di bawah bimbingan Cheng Hoe musim depan," ciap pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam pada Isnin.
Seorang penyokong, Saiful Fadle berpendapat, Caion bukan penyerang yang boleh diharap jika Selangor mahu memburu gelaran juara pada musim depan.
"Ikutkan musim ini masalah Selangor salah satunya memang penyerang. Pemain tengah banyak cipta peluang tapi penyerang tak cukup klinikal... bab finishing memang out," katanya di laman Facebook Kelab Penyokong Selangor FC.
Duo berbisa JDT yang perlu menjadi contoh kepada pasukan lain. — Facebook
Seorang lagi penyokong Merah Kuning, Fouad Adam berasakan ejen Selangor FC perlu memperluaskan carian pemain yang ada kemampuan seperti duo berbisa Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Bergson da Silva dan Fernando Forestieri.
"Kenapa Bergson dan Forestieri amat bernilai buat JDT berbanding import pasukan lain Liga M termasuk Selangor? Mereka berdua bukan sahaja tajam dalam kotak penalti malah mampu menjaringkan gol dari jauh apabila bertemu pasukan yang liat pertahanannya atau main parking bas.
"Sebab itu mereka berdua selalu menjadi match winner di saat-saat akhir. Caion berbeza kerana selalu kena feed untuk jaringkan gol, jarang dia buat sendiri jaringan terutama dari jarak jauh," katanya.
Dalam pada itu, Mohamamad Syarif Sabran berpendapat Selangor FC perlu memanfaatkan kuota pemilihan sembilan import sebaik-baiknya musim depan.
"Bukan ke tahun depan Selangor boleh guna sembilan import. Apa ada hal, banyak lagi kuota importnya... yang boleh simpan kita simpan, yang dah tiada hati dipersilakan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram