Selain TFC, 2 lagi kelab diramal terperosok tangga tercorot Liga Super sebab lepaskan 'key player'


  • Podium
  • Khamis, 15 Dis 2022

TFC mengumumkan pengguguran 12 pemain termasuk pemain utama mereka Faisal Halim. — Facebook/TFC

LIGA Malaysia (Liga-M) 2022 secara rasminya sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) 'menyapu' bersih kesemua trofi yang dipertandingkan musim ini.

Skuad Harimau Selatan berjaya mendominasi saingan Liga M dengan merangkul trofi kejuaraan Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super, Piala Sumbangsih manakala JDT II pula menuruti kejayaan 'abangnya' apabila muncul juara Liga Perdana.

Di sisi lain pula menyaksikan pasukan Penang FC terpaksa menerima hakikat menduduki kedudukan tercorot pada musim ini dengan hanya memperoleh dua kemenangan, 15 kekalahan dan merekodkan 45 bolos.

Selain daripada kejatuhan Penang FC dari tangga ketiga ke kedudukan tercorot, Liga M musim ini juga menyaksikan jatuh naik beberapa pasukan lain dan seperti Kedah Darul Aman (KDA FC), Terengganu FC (TFC) dan Sabah FC.

Skuad Sang Kenari sebelum ini merupakan naib johan Liga Super musim 2022 namun tahun ini hanya sekadar mengisi kedudukan kelapan, TFC (tangga empat ke nombor dua) dan Sabah FC pula menyaksikan peningkatan ketara dari tangga kesembilan hingga ke ketiga.

Selepas satu musim turun naik ketiga-tiga skuad berkenaan, kesemua pasukan tersebut dilihat membuat keputusan drastik dengan melepaskan beberapa pemain utama mereka pada musim ini.

Tindakan melepaskan pemain yang dianggap 'nadi pasukan' itu dilihat agar berbahaya oleh sesetengah penyokong, sehingga mereka meramalkan KDA FC, TFC dan Sabah FC bakal menduduki tangga tercorot pada musim 2023 dalam saingan Liga M.

1) KDA FC

KEDAH ISI

Kedah melepaskan lima tonggak importnya pada musim ini. — Facebook/KDA FC

Meskipun melalui musim yang buruk, namun tidak dinafikan beberapa pemain skuad Sang Kenari tahun ini memberi persembahan cemerlang membantu pasukan tersebut menghadapi saingan Liga M.

Bagaimanapun, skuad tersebut membuat keputusan untuk melepaskan 12 pemain tempatan dan lima tonggak import iaitu Ronald Ngah Wanja, Mahmoud Al-Mardi, Sanrawat Dechmitr, Dechi Marcel Nguessan dan Marc Vales.

Langkah drastik yang dilakukan KDA FC turut mengejutkan penyokongnya kerana terdapat pemain sepatutnya tidak dilepaskan berikutan prestasi konsisten pada musim ini iaitu Ronald Ngah, Al-Mardi dan Sanrawat.

Musim ini, Mardi menjadi pemain yang mengumpul jumlah bantuan jaringan terbanyak pasukan menerusi tujuh hantaran bantuan dan berjaya mengumpul lima gol buat KDA FC.

Manakala, bagi Sanrawat pula, dia berhasil beraksi untuk 90 minit bagi sembilan perlawanan daripada sepanjang 12 perlawanan.

Penyerang utama skuad Hijau Kuning musim ini, Ronald Ngah atau lebih mesra disapa 'Pak Ngah' dalam kalangan peminatnya berjaya mencetak sembilan jaringan bersama Kedah dan dua daripadanya sewaktu kejohanan Piala AFC 2022.

Kehilangan ketiga-tiga pemain utama ini mungkin akan meletakkan KDA FC dalam kedudukan berbahaya pada musim 2023.

2) TFC

TFC ISI

Keputusan melepaskan sebahagaian pemainnya itu mengejutkan ramai penyokong TFC. — Facebook/TFC

TFC mengumumkan pengguguran 12 pemain termasuk lima tonggak import serta Faisal Halim yang mana merupakan watak utama dalam kejayaan pasukan itu di Liga-M dan kelayakan ke Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.

Lima pemain import itu ialah Kipre Tchetche, Pape Diakite, Petrus Shetembi, Kpah Sherman dan Manuel Ott yang mengikut jejak langkah bekas ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain berhijrah ke KDA FC.

Pengumuman tersebut sedikit sebanyak menghancurkan hati penyokong selepas berita penghijrahan Nafuzi Zain ke KDA FC.

Kehilangan penyerang utama seperti Kipre dan Kpah yang difahamkan masing-maing akan berhijrah ke Kedah serta Sri Pahang FC membuatkan penyokong menimbulkan siapa pemain yang layak menggantikan mereka.

Musim ini sahaja, Kipre merekodkan 16 jaringan bersama Terengganu bagi saingan Liga Super dan Piala Malaysia manakala Kpah pula menyumbang 13 gol buat skuad Penyu.

3) Sabah FC

Taiki-Sabah-1536x864

Taiki antara pemain yang sering diturunkan sebagai kesebelassan utama Sabah. — Facebook/Sabah FC

Meskipun berjaya menarik dua pemain Harimau Malaya iaitu Darren Lok dan Irfan Zakaria, selain mendapatkan khidmat Stuart Wilkin secara tetap, namun tindakan Sang Badak melepaskan dua pemain utamanya mendapat kritikan dalam kelangan penyokong.

Difahamkan Sabah FC membuat kepuusan untuk tidak menyambung kontrak dua pemainnya iaitu pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama dan tonggak berpengalaman, Alto Linus

Pemain dari negara matahari terbit itu merupakan tonggak pada bahagian serangan The Rhinos itu dilaporkan akan pulang ke Liga Finland bagi meneruskan kariernya.

Taiki dibawa masuk oleh pengedali, Datuk Ong Kim Swee pada musim ini membentuk gandingan yang cukup baik apabila telah menjaringkan 2 gol dan 3 bantuan gol dalam saingan Liga Super.

Manakala, Alto yang sudah berusia 36 tahun itu pula merupakan antara watak utama pasukan Sabah sejak 2014 lagi dan disifatkan sebagai seorang pemain berdisiplin.

Bukan itu sahaja, Alto juga dikenali sebagai seorang pemain versatil apabila mampu bermain di pelbagai posisi seperti tengah dan penyerang. Musim ini dia berjaya membuat dua hantaran bantuan dalam lapan perlawanan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram