Mbappe ada mesej khas buat Messi menjelang final Piala Dunia 2022


  • Podium
  • Khamis, 15 Dis 2022

Aksi final Piala Dunia 2022 akan menyaksikan pertembungan Messi dan Mbappe. — Agensi

PERANCIS akan ke aksi final Piala Dunia 2022 menentang Argentina menerusi kemenangan 2-0 ke atas Maghribi dalam aksi semi final pada awal pagi Khamis.

Aksi antara Les Bleus dan Argentina itu akan menyaksikan pertemuan antara bintang ternama, Lionel Messi dengan rakan sepasukannya di Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Pertandingan sengit itu akan menjadi medan terakhir buat Messi untuk menjulang Piala Dunia selepas kapten Argentina itu secara terbuka mengakui edisi kali ini akan menjadi kempen Piala Dunia terakhir buat dirinya.

Berbeza dengan Mbappe, diia berpeluang memenanginya buat kali kedua berturut-turut selepas pernah menjulang trofi berprestij itu pada kempen pertamanya di Piala Dunia Rusia 2018.

Pemain berusia 23 tahun itu mengakui dia mahu melunaskan hasrat tersebut dan tidak teragak-agak menguburkan impian Messi yang kini di penghujung karier.

0_GettyImages-1245610892

Mbappe boleh menjadi salah seorang pemain yoleh mengisi kekosongan Messi apabila karier bintang PSG itu berakhir. — Agensi

Keazaman itu dinyatakan ketika temu bual bersama New York Times, pada September dengan Mbappe berkata: “Saya rasa saya akan memenangi gelaran Ballon d’Or.

“Saya selalu sebut saya impikan tentang segala-galanya. Saya tidak meletakkan had buat diri saya.

"Jadi sudah tentu, seperti yang anda katakan, ia adalah generasi baru. Dan Cristiano Ronaldo, Messi - karier anda akan akan berakhir. Kita kena cari orang lain, orang baharu.”

Aksi final Piala Dunia pada Ahad boleh menjadi kenyataan kepada visi yang diletakkan Mbappe dalam kerjaya bola sepaknya.

Sementara itu, Messi bersetuju bahawa Mbappe berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi salah seorang boleh mengisi kekosongan apabila kariernya berakhir.

Walaupun bekas bintang Barcelona itu tidak mahu saat itu tiba, dia mengakui melihat potensi rakan sepasukannya itu untuk menjadi antara pemain yang terbaik dalam generasinya.

"Kylian seorang pemain yang berbeza, dia sangat kuat dalam aksi satu lawan satu, pantas dan menjaringkan banyak gol.

"Dia memiliki pakej lengkap dan berjaya membuktikan kemampuan dirinya. Dia pasti akan menjadi antara yang terbaik," kata Messi kepada TUDN Mexico awal tahun ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram