'Follow' Instagram KDA FC, 2 pemain termasuk bintang Timur Tengah beri ‘hint’ sertai Sang Kenari


  • Podium
  • Isnin, 21 Nov 2022

Sanzhar (kanan) sewaktu meraikan gol dalam perlawanan Piala ACL 2021 ketika berdepan pasukan gergasi Al-Hilal SFC.

KEDAH Darul Aman (KDA) FC yang difahamkan akan berwajah baharu pada musim depan kini dikatakan sedang dalam usaha untuk membina pasukan lebih mantap bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) 2023.

Sebelum ini dilaporkan skuad Sang Kenari tidak akan memperbaharui kontrak lima pemain import iaitu Ronald Ngah Wanja, Mahmoud Al-Mardi, Sanrawat Dechmitr, Dechi Marcel Nguessan dan Marc Vales.

Ada yang melihat kehilangan beberapa bintang import dan pemain tempatan itu sebagai satu kerugian, namun terdapat juga merestuinya kerana mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan pada musim ini.

Susulan ketiadaan beberapa tonggak pada musim depan, muncul khabar angin yang mengaitkan bahawa pihak pengurusan sedang membawa pemain import dan tempatan ke dalam pasukan Sang Kenari.

Antara nama yang dikaitkan dengan pasukan Hijau Kuning ialah pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, Kogileswaran Raj Mohana Raj dan bintang import kelahiran, Uzbekistan, Sanzhar Shaakhmedov.

PJ City FC's Kogileswaran Raj s/o Mohana Raj taking the penalty shoot-out and scores the third goal while against Pahang in the Super League match at Uitm Stadium in Shah Alam last night. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. March 6, 2020.

Kogileswaran juga merupakan bekas pemain kebangsaan. — Facebook/PJ City

Kogileswaran yang berusia 24 tahun dikaitkan berhijah ke Sang Kenari selepas pasukannya, PJ City difahamkan akan ‘tutup kedai’ pada musim depan ekoran masalah kewangan yang tidak stabil.

Pada musim ini sahaja, bekas pemain Sri Pahang itu berjaya meledak dua gol daripada 22 perlawanan Liga Super musim ini.

Selain Kogileswaran, tiga rakannya di PJ City turut dikatakan bakal diborong oleh Sang Kenari iaitu Ruventhiran Vengadesan dan penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz.

sanjar

Sanjar kini beraksi di Liga Super Uzbekistan bersama AGMK Olmaliq. — Facebook/TFC

Manakalah, Sanzhar pula dikatakan akan kembali menyertai ke Liga M untuk memperkukuh jentera tengah Kedah pada musim depan, sekali gus mengisi kekosongan slot import Sang Kenari.

Jika benar pemain berusia 32 tahun itu berhijrah ke Kedah, ia merupakan pengalaman keduanya dalam Liga M menabur bakti bersama Terengganu FC selama dua musim iaitu 2019 dan 2020.

Berdasarkan semakan Majoriti di laman Transfermarket, kontrak Sanzhar bersama kelabnya, AGMK Olmaliq akan tamat pada 31 Disember 2022.

Desas-desus mengaitkan dua tonggak itu ke skuad Sang Kenari semakin kukuh apabila kedua-duanya dilihat mengikuti laman Instagram rasmi KDA FC.

Screenshot 2022-11-21 at 1.55.21 PM

Tangkap layar laman Instagram kedua pemain berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan KDA dan kedua-dua pemain juga masih belum mengesahkan perkara berkenaan dan sekiranya benar, pasti penyokong Sang Kenari akan gembira menyambut kedatangan dua tonggak itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram