'Penalti sampai ke Qatar', Safawi direstu berhijrah ke kelab lain


  • Podium
  • Isnin, 21 Nov 2022

Disebabkan prestasi yang dilihat makin merosot, penyokong merestui agar Safawi Rasid berhijrah ke kelab lain bagi mengembalikan mutu permainannya. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) selangkah lagi untuk mencapai impian mereka memburu gelaran ‘treble’ selepas berjaya menundukkan Sabah dengan agregat 4-1 dalam kejohanan Piala Malaysia 2022.

Selepas menjulang gelaran Liga Super dan Piala FA, Harimau Selatan disahkan ke peringkat akhir apabila berjaya menewaskan The Rhinos 3-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad.

Jentara serangan skuad di bawah kendalian Hector Bidoglio jelas membuahkan hasil apabila berhasil mencetak tiga jaringan iaitu menerusi penyerang berbisa. Bergson da Silva pada minit ke-31; Fernando Foresteri (41) dan gol ketiga dari Syafiq Ahmad.

Manakala, satu gol Sabah FC dijaringkan oleh pemain import Jepun, Taiki Kagayama pada minit ke-47.

JDT

JDT berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia. — Facebook/JDT

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan JDT berhasil mara ke pentas final kejohanan berprestij itu, nama pemain sayap, Muhammad Safawi Rasid menjadi topik perbualan penyokong selepas gagal menambah jaringan.

Pemain kelahiran Terengganu itu diberikan peluang mencetak gol menerusi sepakan penalti namun ia disia-siakan selepas bola melambung tinggi melewati palang gol.

Kegagalan Safawi Rasid itu mendapat pelbagai reaksi berbaur negatif kepadanya dan bagi mereka menyalahkan minit permainan yang sedikit menjadi punca kepada prestasi kurang menyengat pemain berkenaan.

WhatsApp Image 2022-11-21 at 11.32.22 AM

Reaksi Safawi selepas gagal untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. — Facebook

Disebabkan perkara itu, penyokong JDT sepakat merestui Safawi Rasih untuk berhijrah ke kelab lain bagi memburu minit permainan dan sekali gus mengembalikan mutu permainannya.

“Safawi makin berkarat, freekick tak jadi, penalti tak jadi. Lebih baik musim depan cari pasukan lain. Dapatkan minit permainan,” komen penyokong JDT, Muhammad Hakim Fauzan.

“Dah boleh jual Safawi itu, huhuhu,” kata penyokong JDT, Maainjnf Maain.

“Sepakan penaltu Safawi melambung sampai ke Qatar,” komen penyokong JDT, Md Zailful.

“Sebab Pawi (Safawi) dah lama simpan. Bila dapat bola, geram lain macam. Asyik simpanan saja sepatutnya tukarlah, jadi tidaklah bosan duduk dibangku simpanan sahaja. Jadi kaki bangku. Nak marah pula semua, salah jurulatihlah tidak adil,” komen YR Mandak.

Sebelum ini Safawi dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor FC dan Terengganu FC pada musim depan namun khabar angin itu masih belum disahkan oleh mana-mana pasukan termasuk majikannya, JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram