Andai bintang import Indonesia ke TFC, 3 kelab berpotensi sambar Manuel Ott


  • Podium
  • Selasa, 01 Nov 2022

Kelincahan Manuel Ott di atas padang dirasakan dapat membantu mana-mana pasukan yang mengalami masalah di bahagian pertahanan tengah. — Facebook

SKUAD Terengganu FC (TFC) dikhabarkan sedang merisik pemain Indonesia, Ricky Kambuaya bagi memperkuatkan pasukan pada musim depan, lebih-lebih lagi skuad Penyu bakal beraksi di pentas Piala AFC 2023.

Meskipun sekadar rumours, tiada apa yang mustahil dalam bola bepak lagi-lagi bintang sensasi negara jiran itu juga sendiri menyatakan hasratnya untuk beraksi di luar Indonesia bagi mengembangkan karier.

Kedatangan pemain tengah menyerang (AMF) Persib Bandung yang berusia 26 tahun itu dikatakan bakal menggugat kedudukan Manuel Ott sebagai playmaker TFC ketika ini.

1794052

Ricky dikenali sebagai pemain tengah yang mantap daripada segi fizikal badan serta ketenangannya mengawal bola dengan baik. — Agensi

Dengan kontrak yang hampir tamat pada 30 November 2022, sekurang-kurangnya tiga kelab boleh mendapatkan khidmat pemain berdarah kacukan Jerman-Filipina berusia 30 tahun itu.

Manuel Ott dirasakan boleh menggantikan tempat kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar jika khabar angin yang mengaitkannya dengan majikan lama, Kedah Darul Aman FC(KDA FC) benar-benar terjadi.

Kecemerlangan Manuel Ott yang membantu TFC meraih status naib juara Liga Super 2022 pasti menjadikannya calon terbaik bagi mengisi kekosongan yang mungkin ditinggalkan Baddrol.

313333077_3375936569320119_463155358490734270_n

Baddrol bertindak sebagai playmaker pasukan Sabah FC. — Facebook

Selain Sabah FC, KDA FC juga boleh mendapatkan khidmat Manuel Ott memandangkan tempoh pinjaman pemain tengah Sang Kenari, Sanrawat Dechmitr akan berakhir pada November 2022.

Bekas pemain kebangsaan Thailand itu dipinjamkan daripada kelab Bangkok United pada penghujung musim ini.

Tidak hairanlah, Manuel Ott yang berketinggian 1.77 meter itu pastinya akan membantu skuad Kedah yang mengalami masalah prestasi tidak konsisten musim ini.

Selain kedua-dua kelab berkenaan, Selangor FC juga boleh mendapatkan khidmat Manuel Ott bagi menggantikan Baha Abdel Rahman pada musim depan.

311844043_539064348054920_2172257068598468491_n

Tempoh pinjaman Sanrawat akan berakhir pada November 2022. — Facebook

Penyokong Merah Kuning sebelum ini mendesak agar khidmat pemain dari Jordan itu dihentikan pada musim depan ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan.

Selain mengisi tempat Baha, Manuel Ott juga boleh diturunkan secara bergilir dengan kapten pasukan, Brendan Gan yang baru pulih daripada barah testis.

Kelincahan Manuel Ott yang pernah bermain dengan Melaka United (MUFC) juga diharap akan membantu melonjakkan prestasi Selangor FC di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

1724582

Faktor usia menyebabkan ada penyokong berasakan Baha patut digugurkan daripada Selangor FC. — Facebook

Disebut-sebut pengganti Manuel Ott, Ricky merupakan antara pilihan utama ketua jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong untuk tampil dalam kesebelasan utama dan dia juga merupakan watak penting yang membawa Indonesia mara ke perlawanan akhir saingan Piala AFF Suzuki.

Tambahan lagi, dalam saingan Piala AFF sebelum ini, figura berketinggian 1.77 meter tersebut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan meskipun pada ketika itu Indonesia tewas kepada Thailand secara agregat 2-6.

Ricky dikenali sebagai pemain tengah yang mantap daripada segi fizikal badan serta ketenangannya mengawal bola dengan baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram