Bintang baharu Asia bakal ke Old Trafford?


  • Podium
  • Isnin, 31 Okt 2022

Banyak kelab elit Eropah menunjukkan minat terhadap Min-jae disebabkan klausa pelepasan pertahanan tengah itu yang agak rendah dalam kontraknya. — Agensi

PEGUAM kelab SSC Napoli, Mattia Grassani sekali lagi membincangkan mengenai kontrak pertahanan tengah Gli Azzuri, Kim Min-jae di radio Itali.

Pemain dari Korea Selatan itu mempamerkan aksi mengagumkan bersama kelab baharunya di Serie A dan Liga Juara-Juara hingga dinobatkan sebagai pemain terbaik Serie A pada September.

Prestasi cemerlang bintang berusia 25 tahun itu membuatkan dia dikaitkan dengan Manchester United yang dikatakan berminat dengan pemain tersebut.

Dengan dua pemain The Red Devils, Raphael Varane dan Harry Maguire yang kini sedang bergelut dengan masalah kecederaan, Erik ten Hag mungkin menunjukkan minat untuk mengambil Min-jae bagi memperkuatkan skuad kendaliannya.

Napoli's Kim Min Jae in action during the Serie A soccer match between SSC Napoli and US Lecce at Diego Armando Maradona Stadium in Napoli, Italy, Wednesday Aug. 31, 2022. (Alessandro Garofalo/LaPresse via AP)

Banyak kelab utama di Eropah termasuk Man United kini bersaing untuk mendapatkan tandatangan Min-jae. — Agensi

Memetik CNN Turki, banyak kelab elit Eropah menunjukkan minat terhadap Min-jae disebabkan klausa pelepasan pertahanan tengah yang agak rendah dalam kontrak pemain skuad antarabangsa Korea Selatan itu.

Grassani kemudian bercakap dengan Radio Kiss Kiss Napoli mengenai khabar angin yang mengatakan Man United berminat untuk mendapat Min-jae pada Januari.

Enggan mengulas lanjut, Grassani berkata, jendela perpindahan musim sejuk akan menjadi masa yang sangat optimistik untuk sebarang pendekatan lebih formal.

Kelab The Blues itu dikenali kerana sukar untuk membuat rundingan dan berhati-hati dalam menghalang perpindahan berpotensi kepada pesaing.

Pastinya kelab-kelab utama liga teratas di Eropah termasuk Man United bersaing untuk mendapatkan tandatangan Min-jae dalam tempoh 1 hingga 15 Julai tahun depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram