'Ini hotel ke parti?', tanker TFC bengang bunyi bising ganggu fokus aksi Piala Malaysia


  • Podium
  • Khamis, 27 Okt 2022

Faisal Halim dan sebahagian pemain TFC menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi aksi pertama saingan Piala Malaysia. — Facebook

SAINGAN Piala Malaysia 2022 secara rasmi membuka tirai pada Rabu dengan 12 pasukan turun mencari bekalan awal sebelum aksi timbal balik, minggu depan.

Empat lagi pasukan iaitu Sri Pahang FC, Terengganu FC (TFC), PDRM FC dan KL City akan mengharungi aksi pertama pada Khamis.

Tumpuan pastinya terarah kepada skuad Tok Gajah yang akan melayan kunjungan pasukan tangga kedua Liga Super, TFC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pemain-pemain dan barisan kejurulatihan Sang Penyu juga dilaporkan sudah tiba di Kuantan, Pahang pada Rabu bagi menjalani persiapan menghadapi aksi penting itu.

313022885_1581137922316883_8608632347389373802_n

Diakite dijangka diturunkan menentang Sri Pahang FC bagi aksi pertama saingan Piala Malaysia. — Facebook

Pastinya anak-anak buah Nafuzi Zain memerlukan rehat mencukupi supaya fokus mereka menjelang aksi derbi Pantai Timur itu tidak terjejas.

Namun penginapan mereka di sebuah hotel di Kuantan dikatakan terganggu dengan bunyi bising hingga menjejaskan rehat dan fokus mereka.

"G*** ***** ****** Hotel (Pahang)... my question is are we in hotel or in a party??? (Hotel G*** ***** ******, soalan saya, kami di hotel atau di parti?).

"Since yesterday and early this morning till now, they are drilling in our f*** ears. (Sejak Rabu dan awal pagi ini (Khamis) hingga sekarang, bunyi bising memekakkan telinga).

"We have game and people need to rest. Unbelievable (Kami ada perlawanan dan semua pemain perlu rehat)," tulis bintang import TFC, Pape Diakite di Twitter.

photo_6256061720430752407_y (1)

Di sebalik gangguan itu, barisan pemain TFC dijangka tetap akan mempamerkan aksi terbaik mereka untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia.

Pasukan itu berada dalam form terbaik untuk menjinakkan skuad Tok Gajah di laman sendiri selepas berjaya memenangi lapan perlawanan terakhir Liga Super berturut-turut hingga membantu melonjakkan pasukan ke tangga kedua carta dengan 44 mata.

Skuad Sang Penyu sebelum ini pernah meleburkan rekod tanpa kalah lima perlawanan Sri Pahang dalam aksi Liga Super.

Menjelang pertemuan pada malam Khamis, Nafuzi Zain bakal menurunkan Diakite dan Petrus Shetembi yang pulih daripada kecederaan ketika perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC tempoh hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram