MESKIPUN meraih kejayaan menewaskan West Ham 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Khamis, Liverpool gagal mengulangi prestasi baik ketika menumpaskan Manchester City 1-0, Ahad lalu.
The Reds dilihat bergelut untuk mengawal skuad The Hammers bimbingan David Moyes itu.
Dalam aksi itu, Darwin Nunez membantu Liverpool menumpaskan West Ham 1-0 selepas menjaringkan gol pertamanya di Anfield untuk meletakkan pasukannya di depan.
Liverpool perlu berterima kasih kepada penjaga gol, Alisson Becker yang menyelamatkan sepakan penalti penyerang Jarrod Bowen untuk memberi kemenangan kedua berturut-turut.
Di sebalik aksi tersebut, musim pemilihan menimbulkan satu lagi teka-teki buat pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas penyerang The Reds, Diogo Jota diketepikan selama beberapa bulan.
Ditambah dengan ketiadaan seorang lagi tonggak utama, Luis Diaz, di bahagian serangan, kekosongan kini terbuka di sebelah kiri posisi berkenaan.
Nunez meledak gol kemenangan Liverpool ketika menumpaskan West Ham 1-0. — Agensi
Darwin Nunez, yang sering beraksi di bahagian sayap selepas turun dari bangku simpanan ketika menentang Manchester City pada hujung minggu, diperlukan di tempat lain.
Peluang itu kemudian hadir buat bintang muda, Fabio Carvalho selepas muncul beraksi buat kali ketiga bersama Liverpool di Liga Perdana Inggeris.
Menurut laporan Liverpool Echo, pemain berusia 20 tahun itu apabila bermain hampir keseluruhan perlawanan sebelum digantikan.
Begitupun, Carvalho bergelut untuk mendapat tempat disebabkan aksinya yang kurang konsisten.
Pengganti Carvalho, Curtis Jones, yang mula beraksi sejak Julai mungkin mendapat manfaat daripada minit permainan dan memberi Klopp satu lagi pilihan di sebelah kiri. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram