Selangor FC waspada senjata Kijang Hijau, intai slot Piala AFC


  • Podium
  • Rabu, 19 Okt 2022

Skuad Merah Kuning masih mempunyai harapan untuk ke pentas Asia selepas slot itu diberikan kepada juara Piala Malaysia musim ini berbanding tempat ketiga Liga Super pada awalnya. — Facebook

PENGUMUMAN Malaysian Football League (MFL) berhubung slot Piala AFC yang bakal diberikan kepada juara Piala Malaysia memberi khabar gembira kepada Selangor FC.

Ini kerana skuad Merah Kuning masih mempunyai harapan untuk ke pentas Asia selepas slot itu diberikan kepada juara Piala Malaysia musim ini berbanding tempat ketiga Liga Super pada awalnya.

Pengendali baharu skuad itu, Tan Cheng Hoe berkata, mana-mana pasukan pasti mengimpikan peluang untuk mengisi slot tersebut memandangkan ia satu kejohanan antarabangsa yang berprestij.

Bagaimanapun dia tidak mahu memberikan tekanan terlalu tinggi kepada pemain kerana sedar mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikalnya.

"Kalau dilihat kepada peluang Selangor, kita ada peluang untuk ke aksi final Piala Malaysia dan menempah tiket ke kejohanan AFC, namun sebagai coach, saya tidak boleh beri tekanan terlalu tinggi kepada pasukan.

307885858_526628432802223_1026531952511459718_n

Cheng Hoe enggan memb​​​erikan tekanan terlalu tinggi kepada pasukan. — Facebook

"Saya lihat rata-rata pemain masih muda dan perlu memberikan masa dan keyakinan tapi mana-mana coach idam bermain di pentas akhir kerana suasana Piala Malaysia lain daripada Piala FA atau Liga Super," katanya kepada Majoriti.

Mengulas mengenai skuad The Red Giants yang diundi bertemu Kelantan United FC (KUFC), Cheng Hoe berkata, dia tidak memandang rendah kemampuan pasukan kendalian Rezal Zambery Yahya itu.

Bahkan, bekas jurulatih kebangsaan itu berwaspada dengan import KUFC yang dirasakan mampu memberikan saingan kepada Selangor FC.

"Walaupun KUFC main di Liga Perdana, mereka mempunyai beberapa orang pemain import berkualiti yang boleh mencabar Selangor.

"Pada masa sama, saya turut berasakan pemain-pemain tempatan termasuk Nik Akif Syahiran Nik Mat juga antara yang perlu diberi perhatian.

"Jadi kita kena buat persediaan cukup rapi lebih-lebih lagi Selangor akan bermain game away di tempat lawan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram