
PERAK FC ketika ini begitu galak melengkapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Seorang demi seorang pemain diumumkan membarisi skuad The Bos Gaurus yang berwajah baharu selepas diambil alih oleh XOX Berhad (XOX) melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd.
Setakat ini, Perak FC mengumumkan dua rekrut baharu produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) iaitu Harith Naem Jaineh, 20, dan Ilham Aqil, 19, ke dalam projek Perak FC yang dirangka jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim.
Perak FC dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Farris Izdiham. — Facebook
Pasti lebih banyak nama akan diumumkan dalam masa terdekat namun khabar angin ketika ini mengaitkan dua lagi pemain skuad projek FAM-MSN dengan pasukan Perak.
Jika sebelum ini nama Amirul Akmal dikaitkan dengan Perak FC, terbaharu Farris Izdiham turut dikatakan berada dalam radar skuad The Bos Gaurus itu.
"Adakah pemain lincah di bahagian sayap (Farris Izdiham) turut berada dalam radar coach Lim Teong Kim?
"Khabar angin juga mengaitkan beberapa pemain senior dari kelab Liga Malaysia juga dalam radar beliau," tulis laman Facebook Malayantigerfans.
Pertahanan muda berusia 19 tahun ini antara yang berada dalam radar Perak FC. — Facebook
Selain pemain berusia 21 tahun itu, Perak FC dikatakan mahu menyunting pertahanan skuad FAM-MSN, Felix Adriano, 19, yang bermain di posisi pertahanan.
Peminat yang seakan-akan kurang sabar dengan pengumuman pemain Perak FC mula mempersoalkan di mana geng-geng senior yang mahu dipertaruhkan Teong Kim dalam skuad utama.
"Boleh pergi ke ni nak main Liga Super musim depan?. Pemain muka tak pernah tengok pun. Ambillah pemain yang berpengalaman juga.
"Harap muda saja baik kekal team lama. Muda kena ada sebagai pelapis dan yang pemain senior berpengalaman pun kena ada. Baru team padu. Harap semua dirancang adalah terbaik," tulis Adam Zuhal di ruangan komen.
Amirul Akmal juga dikhabarkan akan berpindah ke Perak FC. — Facebook
Tuan Leso pula membalas dengan mengatakan bahawa pemain-pemain senior perlu menghabiskan perjuangan dalam aksi Piala Malaysia bersama pasukan masing-masing sebelum perpindahan kelab bermula.
"Ada juga yang pertikai signing pemain muda. Tak semestinya pemain muda yang Perak tandatangani dia akan main skuad utama.
"Skuad simpanan pun mereka boleh main sebab bawah 23 lagi. Kita ada empat team kena sediakan.
"Pemain-pemain senior pun ada tapi kena tunggu habis piala Malaysia dulu sebab hormat pasukan yang bertanding. Jangan asyik nak pertikai signing pemain muda sahaja. Kontrak kebanyakan pemain habis bulan 11... cuba sabar sikit," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram