Kedah nafi ciapan wartawan, MFL kata tunggu Rabu


  • Podium
  • Isnin, 10 Okt 2022

KDA FC menafikan sekeras-kerasnya ciapan tersebut serta akan mengambil tindakan selaras dengan undang-undang bagi membersihkan imej Sang Kenari. — Facebook/KDA FC

PIHAK Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan menjawab isu tunggakan pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Rabu.

Perkara itu disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam yang akan menjelaskan isu itu dalam satu sesi soal jawab ‘First Instance Body’ (FIB).

“Saya akan menjawab segala persoalan mengenai Kedah pada mesyuarat FIB,” katanya kepada Majoriti.

Jelasnya, perkara itu adalah untuk mengelak daripada berlaku sebarang salah faham mengenai isu tersebut.

Sementara itu, KDA FC menafikan sekeras-kerasnya ciapan tersebut serta akan mengambil tindakan selaras dengan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej skuad Sang Kenari.

WhatsApp Image 2022-10-10 at 9.49.12 PM

Ciapan dari Zulhelmi Zainal Azam. — Twitter

“KDA FC amat dukacita dengan penyebaran dokumen sulit berkenaan tanpa kebenaran dan rumusan dibuat wartawan tersebut telah memberi persepsi negatif kepada pengurusan kelab serta imej negeri Kedah.

"Penyebaran tanpa kebenaran ini adalah suatu bentuk pengkhianatan dan berniat jahat dan KDA FC akan membuat aduan kepada pihak LHDN dan MFL serta menjalankan siasatan dalaman bagi memastikan dokumen sulit tidak menjadi senjata musuh yang cuba memberi gambaran buruk kepada KDA FC,” jelas KDA FC dalam satu kenyataan bertulis pada laman Facebook rasmi mereka.

Pada Isnin, terdapat ciapan dari wartawan bernama Zulhelmi Zainal Azam yang mengatakan terdapat isu tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh setahun

Namun, pada awal tahun lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, terdapat tunggakan bayaran sebanyak RM10 juta kepada LHDN.

Bagaimanapun, menurutnya, hutang itu sudah diselesaikan sebelum permulaan musim sebagai syarat buat mana-mana pasukan yang berhasrat untuk menyertai Liga Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram