MOMENTUM kemenangan Selangor FC dibawah jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe terus dapat dikekalkan dengan menewaskan, Petaling Jaya City (PJ City) 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Hantaran dari Mukhairi Ajmal ditanduk kemas oleh penyerang berjersi 17, Danial Asri pada minit ke-81 sudah cukup membantu skuad Gergasi Merah meraih tiga mata penuh pada perlawanan itu.
Meskipun tidak berpesta gol seperti perlawanan lalu namun harus diakui sentuhan magis jurulatih berpengalaman itu sememangnya membawa kegembiraan buat penyokong Gergasi Merah.
Untuk rekod, Cheng Hoe yang dilantik pada bulan lalu berjaya membantu Selangor menewaskan Melaka United 5-0 pada aksi ‘debut’ minggu lepas.
Kemenangan kali kedua berturut-turut itu merekodkan gawang Selangor tidak berjaya dibolosi oleh pihak lawan dan sekali gus membukitkan kehebatan taktikal yang diterapkan oleh Cheng Hoe.
"Tak sempat tengok masa pertama. tengok separuh masa kedua saja. Permainan kemas, puas tengok. Tahniah jurulatih Tan Cheng Hoe dan semua pemain," puji penyokong Selangor, Mohd Amaluddin.
Hantaran dari Mukhairi Ajmal membantu Danial menyumbangkan gol buat Selangor. — Facebook/Selangor FC
"Alhamdulillah, sentuhan Danial Asri juga hasilkan gol, bolehlah Tan Cheng Hoe beri minit lebih pemain seperti ini," tulis, Naim Zahari.
Kemenangan tersebut juga membantu Selangor menaiki dua anak tangga yang mana sebelum ini pasukan itu menduduki tempat kelapan.
Lebih mengujakan, perubahan kedudukan itu juga membawa manfaat kepada Selangor FC pada kempen Piala Malaysia yang mana mereka berjaya mengelak dari bertemu juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT).
Saingan Piala Malaysia 2022 yang menampilkan format baharu akan bakal berlangsung sengit apabila enam pasukan Liga Super bakal berentap sesama sendiri di peringkat 16 pertama.
Jika Selangor kekal di kedudukan ketujuh, Gergasi Merah bakal berjumpa naib juara Liga Super pada pusingan Piala Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram