PERSETERUAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA FC) bukan sahaja di dalam padang, tetapi juga membawa sampai ke luar terutamanya di media sosial.
Bukan apa, 'perang mulut' antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sering menjadi tumpuan.
Bukan sahaja penyokong kedua-dua pasukan, kelab bola sepak yang lain juga turut memerhati gelagat dua pemimpin itu di media sosial.
Namun, akaun Facebook Kedahan green yellow yang mewakili penyokong berkata sudah tiba masanya untuk Muhammad Sanusi berhenti melemparkan kata-kata berbaur perli.
Ada empat sebab mengapa Muhammad Sanusi perlu menghentikan tindakannya walaupun diakui, pemimpin itu mempunyai banyak jasa bukan sahaja kepada Kedah, tetapi juga buat KDA FC.
Pemain Kedah memberi isyarat hormat kepada juara Liga Super, JDT sebelum sepak mula di Alor Setar, Kedah. — Facebook/Johor Southern Tigers
Tumpu kemajuan kelab sendiri
Bulan Oktober adalah bulan terakhir untuk setiap pasukan memuktamadkan barisan pemain mereka bagi musim 2023.
Banyak yang dipelajari KDA FC sepanjang musik 2022 dan perkara itu dianggap sebagai satu proses pembelajaran untuk berubah menjadi lebih baik.
Apa yang perlu dilakukan ialah untuk memberi fokus kepada kemajuan kelab supaya dapat melawan pasukan lain dengan kualiti yang dibina sendiri.
Elak banyak cemuhan
Kata-kata berbaur perluan yang dilemparkan antara satu sama lain dilihat hanya mengundang cemuhan dan tidak baik untuk Kedah.
Bukan sahaja negeri, tempiasnya juga boleh melarat ke KDA FC sekali gus boleh memberi kesan kepada prestasi pasukan.
Aksi pemain JDT dan KDA FC pada Selasa yang menyaksikan Harimau Selatan menang 3-1. — Bernama
Tempias pada pemilik KDA FC
Selain KDA FC, cemuhan yang dilemparkan juga akan memberi tempias kepada pemilik pasukan iaitu Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Apatah lagi Mohd Daud merupakan seorang tokoh korporat yang mempunyai pengaruh baik serta personaliti yang disegani dalam negara.
Dedah perkara yang tak betul
Menerusi beberapa hantaran media sosial yang dibuat Mohd Sanusi, nampak seperti pemimpin itu tahu perkara-perkara yang tidak betul.
Jika ada perkara yang penyokong tidak tahu, adalah lebih baik hal itu dibawa ke badan yang berkaitan.
Jika perkara itu tidak diendahkan, biarlah penyokong bola sepak tempatan yang menilainya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram